awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan mahu setiap kampung dibangunkan ke tahap terbaik
Cubaan seludup mata wang asing RM2.4 juta dalam bungkusan pakaian baharu gagal
Angkasawan NASA dibenar bawa telefon pintar terkini dalam misi ke bulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rapid Bus nafi iklan promosi perjalanan tanpa had Pas Mutiara

Bernama
Bernama
17/11/2024
02:45 MYT
Rapid Bus nafi iklan promosi perjalanan tanpa had Pas Mutiara
Muhammad Yazurin berkata satu laporan polis telah dibuat oleh pihak Rapid Bus bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap penyebaran iklan palsu itu. - Gambar fail/BERNAMA
GEORGE TOWN: Pengendali perkhidmatan bas Rapid Penang, Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) menafikan wujudnya tawaran promosi pas perjalanan tanpa had Pas Mutiara seperti yang disebarkan di media sosial baru-baru ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bus Muhammad Yazurin Sallij berkata iklan melalui sebuah akaun Facebook dengan menawarkan harga RM14 selama enam bulan untuk semua jenis mod pengangkutan adalah tidak sah dan bukan inisiatif daripada pihak Rapid Penang.
"Kami ingin menegaskan bahawa sebarang promosi atau tawaran yang melibatkan produk dan perkhidmatan Rapid Penang hanya akan diumumkan melalui laman web www.myrapid.com.my, Facebook (@rapidpgfans), Instagram (myrapidpg), aplikasi X (@RapidPG) dan Tiktok (myrapidpg) sahaja.
"Rapid Bus juga ingin menegaskan bahawa tindakan pihak yang bertanggungjawab atas penyebaran maklumat palsu ini adalah salah di sisi undang-undang dan telah mencemarkan imej syarikat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu Muhammad Yazurin berkata satu laporan polis telah dibuat oleh pihak Rapid Bus bagi membolehkan tindakan lanjut diambil terhadap penyebaran iklan palsu itu.
Sehubungan itu beliau memohon orang awam supaya berhati-hati dan tidak terpedaya dengan maklumat, iklan atau tawaran yang tidak rasmi.
Katanya sebarang maklumat atau promosi yang sah dan terkini boleh didapati melalui saluran rasmi Rapid Penang sahaja dan untuk maklumat lanjut boleh menghubungi talian khidmat pelanggan Rapid Penang di 04- 255 8000 atau melalui laman media sosial rasmi Rapid Penang atau emel ke [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rapid Bus
#Pas Mutiara
#Muhammad Yazurin Sallij
#iklan tidak sah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan