Rapid KL, hari ini menafikan dakwaan kapten tren LRT Laluan Ampang-Sri Petaling yang dikatakan tertidur di panel pemandu tren berkenaan.
Ketua Jabatan Komunikasi Kumpulan dan Pemasaran Strategik, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) Lim Jin Aun, sebaliknya menjelaskan kapten itu hanya meletakkan kepalanya di atas panel untuk seketika.
"Kami dimaklumkan bahawa beliau berehat seketika semasa menunggu tren sampai ke stesen dan ia dalam perjalanan ke stesen dan beroperasi secara separuh automatik itu. Tuduhan yang dibuat oleh artikel berkenaan tidak tepat.
BACA: Penumpang lega operasi LRT Laluan Ampang beransur baik
BACA: Prasarana nafi tambang LRT naik pada Ogos
BACA: Laluan LRT Ampang bertukar, penumpang mengamuk akibat sesak
"Apapun, ia tetap menjadi satu kesalahan kerana semua Kapten Tren dikehendaki berada dalam siap sedia sepenuh masa dalam perjalanan," kata Lim, yang bertindak sebagai jurucakap RapidKL dalam kenyataan berkenaan.
Kenyataan itu bagi menjelaskan satu artikel yang tersebar di laman sosial pada 3 Julai lepas berhubung tuduhan itu.
"Tindakan disiplin telah diambil terhadap kakitangan berkenaan dan surat amaran sudah dikeluarkan dan beliau digantung kerja untuk seminggu sejak semalam di samping diarah untuk mendapatkan kaunseling dan mengikuti kursus bimbingan teknikal serta mengikuti pembangunan diri," katanya.
Lim menegaskan keselamatan para penumpang adalah perkara terpenting dalam operasi rel dan bas kendalian RapidKL dan syarikat itu tidak akan berkompromi dalam memastikan standard kualiti kerja yang tinggi dalam kalangan staf dan kakitangannya.
"Rapid KL dan Prasarana tidak akan berkompromi dengan mana-mana staf dan kakitangan yang melanggar tata etika kerja ketika bertugas. Mereka adalah duta syarikat yang berada di barisan hadapan dengan pelanggan. Justeru itu mereka harus menjaga imej syarikat.
"Kami meletakkan penanda aras yang tinggi dalam memastikan semua warga kerja Rapid KL memiliki tahap modal insan yang tinggi dan berkualiti selaras dengan misi kami untuk menjadi penyelia pengangkutan awam bertaraf dunia", tambah Lim.
Katanya syarikat juga sentiasa menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi menjamin kualiti penyampaian dan servis kakitangan sentiasa terbaik.
Bernama
Sat Jul 23 2016
"Tindakan disiplin telah diambil terhadap kakitangan berkenaan dan surat amaran sudah dikeluarkan dan beliau digantung kerja untuk seminggu. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Rapid KL nafi kapten tren LRT Laluan Ampang-Sri Petaling tertidur di panel
Rapid KL, hari ini menafikan dakwaan kapten tren LRT Laluan Ampang-Sri Petaling yang dikatakan tertidur di panel pemandu tren berkenaan.