KUALA LUMPUR: Rapid Rail bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memburu seorang lelaki disyaki mengalami gangguan mental yang telah bertindak agresif menceroboh trek transit aliran ringan (LRT) dan cuba mencabul salah seorang penumpang wanita di Stesen LRT Maluri, pada Jumaat.
Rapid Rail dalam satu kenyataan berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.58 pagi, di platform 1 ke platform 2 LRT berkenaan.
"Suspek kemudian telah cuba mencabul salah seorang wanita yang sedang menunggu tren di platform tersebut.
"Ketika kejadian, anggota Polis Bantuan yang sedang bertugas di platform bertentangan bergegas turun ke bawah untuk ke platform tempat kejadian bagi memberikan bantuan kepada mangsa yang sedang bergelut dengan suspek.
"Orang awam yang melihat kejadian telah berjaya membantu meleraikan mangsa dari suspek, tetapi tidak berjaya diberkas kerana tindakan beliau yang sangat agresif," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Mengulas lanjut, Rapid Rail berkata, suspek sekali lagi bertindak menceroboh landasan dan mengetuk dinding tren yang kebetulan sedang berhenti di stesen sebelum meloloskan diri dari stesen tersebut pada jam 8.05 pagi.
"Mangsa dan saksi telah dibawa ke balai polis bagi tindakan selanjutnya.
"Pasukan Polis Bantuan Prasarana berkerjasama dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu menyiasat dan mengesan sehingga tertangkapnya suspek," ujarnya.
Rapid Rail juga kesal dengan kejadian yang berlaku dan tindakan segera telah diambil dengan menambah anggota polis bantuan di stesen-stesen untuk meningkatkan kawalan keselamatan bagi mengelakkan perkara sama berulang.
Afiezy Azaman
Sat Jul 29 2023
Seorang lelaki disyaki mengalami gangguan mental yang telah bertindak agresif menceroboh trek transit aliran ringan (LRT) dan cuba mencabul salah seorang penumpang wanita di Stesen LRT Maluri, pada Jumaat. - Gambar tangkap layar video dari Twitter
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Rapid Rail, PDRM buru lelaki cabul wanita, ceroboh trek Stesen LRT Maluri
Suspek yang disyaki alami gangguan mental bertindak agresif cabul seorang wanita yang sedang menunggu tren.
Cabul wanita di pasar malam, lelaki warga asing ditahan
Polis menahan seorang lelaki warga asing berusia 20 tahun yang terbabit dalam kes cabul kehormatan di tapak pasar malam Taman Perpaduan, di Ipoh.
Lelaki cabul wanita dalam bas ekspres berhampiran R&R Titiwangsa
Polis mengesan seorang lelaki yang dipercayai mencabul wanita berusia 22 tahun di dalam bas ekspres dalam perjalanan dari Seri Iskandar, Perak ke Tanah Merah, Kelantan, Selasa lalu.
Penghantar makanan didenda RM4,000 cabul wanita Indonesia
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah bagi mencabul kehormatan wanita berkenaan pada 20 April lepas di Jalan Bukit Gambir, Gelugor.
Lelaki ditahan cabul wanita di bilik sewa
Suspek berusia 38 tahun itu ditahan sekitar Klang pada jam 10 malam hari yang sama.
Anggota tentera cabul kehormatan wanita ditahan - Polis
Polis telah menahan seorang anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipercayai mencabul kehormatan seorang wanita di sebuah premis vape di Taman Keramat di sini, Selasa lepas.
Didakwa cabul pelakon wanita, YouTuber direman dua hari
Insiden berlaku ketika mangsa yang juga pelakon dalam sebuah drama pendek arahan suspek menginap berseorangan di inap desa berkenaan.
Bekas pegawai khas ADUN DAP P. Pinang cabul wanita dipenjara tiga tahun
Majistret Jamaliah Abd Manap membuat keputusan itu selepas mendapati L. Prem Anand, 52, bersalah mencabul wanita berusia 21 tahun berkenaan.
PM Britain nafi raba paha wartawan 20 tahun lalu
Bercakap pada Persidangan parti Konservatif di Manchester, Johnson menegaskan tuduhan tersebut sebagai tidak berasas sama sekali.
Lelaki ini dakwa dicabul Michael Jackson hingga Raja Pop itu hilang 'selera'
Dakwa Robson, perilaku jijik berkenaan dilakukan Jackson ke atasnya sehinggalah 'raja pop' berkenaan 'hilang minat' kepadanya apabila dia berusia 14 tahun.