awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes 1MDB: Sabitan Najib dedah kegagalan reformasi struktur negara - C4
Polis buru lelaki disyaki larikan diri dari PUSPEN Bukit Chabang
Pahang sedia kaji cadangan pembinaan laluan kereta api di Cameron Highlands
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah: Bekas pengarah Imigresen Perak, ketua unit pendakwaan dihukum penjara, denda

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
23/09/2022
06:24 MYT
Rasuah: Bekas pengarah Imigresen Perak, ketua unit pendakwaan dihukum penjara, denda
Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan. - Astro AWANI
IPOH: Bekas Pengarah Imigresen Perak dan bekas Ketua Unit Pendakwaan Imigresen negeri masing-masing dihukum penjara tiga tahun dan denda RM85,000 oleh Mahkamah Sesyen Ipoh pada Jumaat selepas didapati bersalah atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah, tujuh tahun lalu.
Hakim S Indera Nehru menjatuhkan hukuman penjara terhadap tertuduh, Zulhairin Yahya, 50 dan Zaidi Dali, 54, mulai hari ini.
Beliau membuat keputusan itu di akhir pembelaan dalam prosiding yang bermula sejak 2017.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua tertuduh, Zulhairin Yahya, 50 dan Zaidi Dali, 54, dipenjara 18 bulan jika gagal membayar denda.
Zulhairin dan Zaidi masing-masing didakwa meminta wang RM10,000 setiap bulan daripada Nga Chee Jiek untuk memastikan Jabatan Imigresen tidak melakukan pemeriksaan dan serbuan terhadap sebuah premis pusat hiburan The Bos KTV di Pusat Bandar Seri Manjung.
Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Rumah Kelab Meru Valley Golf and Country Club di Ipoh kira-kira jam 9 malam pada 5 November 2015.
Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.
Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Zulhairin juga didakwa menerima RM7,000 daripada individu sama di Restoran Knock Knock Meru Raya di sini pada jam 12.05 tengah malam 11 November tahun sama.
Zaidi pula dituduh menerima suapan RM7,000 daripada individu sama di tempat letak kereta Rumah Kelab Meru Valley Golf and Country Club di sini pada jam 9.55 malam 11 November tahun sama.
Kedua-dua tuduhan itu didakwa mengikut Akta sama yang membawa hukuman sama.
Mahkamah membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk menangguhkan hukuman penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.
Mahkamah juga membenarkan supaya jaminan RM30,000 ke atas kedua-dua tertuduh yang diputuskan Mahkamah Sesyen lima tahun lalu dikekalkan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Maziyah Mansor manakala Zulhairin diwakili Mohd. Baharuddin Ahmad Kassim sementara Zaidi diwakili Zamri Idrus dan Mohd. Fadly Hashim.
Topic Berkaitan
#Rasuah
#bekas pengarah
#Imigresen
#terima suapan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan