awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
Bas percuma ke Bukit Bendera tidak jejas operasi harian Rapid Penang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah projek hibrid solar: Pihak pembelaan kemuka 6 saksi Jun depan - Peguam Rosmah

Fareez Azman
Fareez Azman
18/02/2021
03:32 MYT
Rasuah projek hibrid solar: Pihak pembelaan kemuka 6 saksi Jun depan - Peguam Rosmah
JAGJIT SINGH: Buat masa ini, kami ada enam saksi. Pihak pendakwaan juga ada tawarkan 10 lagi saksi, tetapi kami perlu temu bual mereka satu persatu. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR:Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Datin Seri Rosmah Mansor membela diri adalah keputusan tidak dijangka.
Demikian jelas Peguam mewakilinya Datuk Jagjit Singh ketika ditemui pada Khamis.
Jelasnya, pihak pembelaan akan mengemukakan enam saksi dalam sesi pembelaan pada bermula Jun depan.
“Buat masa ini, kami ada enam saksi.
"Pihak pendakwaan juga ada tawarkan 10 lagi saksi, tetapi kami perlu temu bual mereka satu persatu,” katanya.
Ditanya sama ada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak juga akan dipanggil sebagai saksi pembelaan, tambahnya perkara itu sedang dipertimbangkan.
“Buat masa ini, perkara itu (Najib sebagai saksi) sedang dipertimbangkan,” katanya lagi.
Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Datin Seri Rosmah Mansor untuk membela diri terhadap tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM187.5 juta dan RM6.5 juta.
Hakim Mohamed Zaini Mazlan membuat keputusan itu selepas selesai mendengar semua hujah dari pihak pendakwaan dan pembelaan
Keputusan itu dibuat selepas Hakim mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan wujud prima facie dalam kes tersebut.
Topic Berkaitan
#Rosmah Mansor
#Jagjit Singh
#bela diri
#Najib Razak
#saksi pembelaan
#Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
#Mohamed Zaini Mazlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan