awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peranan Malaysia bantu konflik Thailand-Kemboja antara tumpuan Dewan Rakyat
Pihak berkuasa bertungkus-lumus kekang tumpahan minyak kapal kargo karam di perairan Thailand
Thailand saksi legasi keluarga Ghazali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rasuah PRU: Sivarraajh sedia bekerjasama dengan SPRM

Fareez Azman
Fareez Azman
03/12/2018
14:23 MYT
Rasuah PRU: Sivarraajh sedia bekerjasama dengan SPRM
Sivarraajh selepas mendengar keputusan mahkamah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Jumaat lalu. - BERNAMA
Penyandang kerusi Parlimen Cameron Highlands, Datuk C. Sivarraajh bersedia memberi kerjasama kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika dipanggil beri keterangan berhubung dakwaan rasuah dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
Ujarnya, dia mendapat tahu tentang perkembangan SPRM itu hanya menerusi laporan media.
"Saya hanya tahu berita bahawa SPRM telah buka kertas siasatan menerusi laporan media.
"Bagaimanapun, saya menghormati sistem perundangan negara dan sedia bekerjasama," kata Naib Presiden MIC itu ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
BACA: Rasuah PRU14: Sivarraajh akan dipanggil beri keterangan - SPRM
Pada Jumaat lalu, Mahkamah Pilihan Raya membuat keputusan membatalkan kemenangan Sivarraajh di Cameron Highlands pada PRU14 selepas terbukti wujud ada amalan rasuah di mana wang diberikan kepada pengundi Orang Asli di kawasan itu.
Sivarraajh berkata, sebagai wakil rakyat dan calon PRU, adalah satu kewajipan untuk membantu Orang Asli, bukan hanya ketika pilihan raya tetapi setiap masa.
Bagaimanapun, katanya, dia telah berhubung dengan peguamnya serta kepimpinan tertinggi MIC untuk mengambil tindakan selanjutnya termasuk membuat rayuan di mahkamah.
Topic Berkaitan
#Cameron Highlands
#Mahkamah Pilihan Raya
#Orang Asli
#PRU14
#Rasuah
#Sivarraajh
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan