Dua orang anggota polis berpangkat ASP manakala seorang berpangkat Inspektor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi serentak di Melaka.
Operasi membabitkan anggota polis yang dipercayai terlibat dalam kegiatan mengutip wang rasuah daripada pengusaha-pengusaha pusat judi haram dan rumah urut di beberapa lokasi sekitar Melaka.
Turut ditahan, dua orang awam yang dipercayai menjadi orang tengah kepada ketiga-tiga pegawai polis yang ditahan untuk mengutip wang rasuah daripada pengusaha pusat judi haram dan rumah urut serta seorang lagi pengusaha pusat judi haram.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan tidak menolak kemungkinan beberapa lagi tangkapan akan dibuat dalam masa terdekat.
Katanya, operasi yang dilancarkan itu adalah hasil maklumat yang diperoleh SPRM daripada orang ramai berhubung paksaan oleh beberapa pegawai polis untuk membayar wang rasuah.
"Antara pegawai yang dipercayai sering terlibat terdiri daripada mereka yang bertugas di IPD Melaka Tengah dan IPD Jasin.
"Kesemuanya ditahan dalam Operasi yang dilancarkan kira-kira jam 11 pagi dan SPRM masih sedang mengesan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam perbuatan itu termasuk pegawai-pegawai polis di Melaka," katanya.
Jelasnya, SPRM turut menyiasat hubungan dua orang awam yang ditangkap dengan pengurusan tertinggi Polis Diraja Malaysia.
"Ini adalah kerana, jika terdapat pegawai polis yang enggan bersekongkol dengan aktiviti tersebut, mereka akan ditukarkan dengan serta-merta.
"SPRM juga sedang menyiasat seorang Ketua Polis Daerah di negeri Melaka yang pernah ditukarkan sebelum ini kerana keengganannya bersekongkol dengan aktiviti-aktiviti tersebut," jelasnya lagi.
Kesemua suspek berusia di antara 41 tahun dan 31 tahun dijangka akan direman di Mahkamah Putrajaya esok untuk membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(B) dan 17(a) Akta SPRM 2009 dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Astro Awani
Tue May 16 2017
Dua anggota polis berpangkat ASP manakala seorang berpangkat Inspektor ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi serentak di Melaka. -Gambar fail
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
3,856 OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023, meningkat 3.5 peratus - DOSM
Sejumlah 3,856 penjawat awam dari kategori OKU berkhidmat dalam perkhidmatan awam pada 2023 berbanding 3,724 orang pada 2022, menurut laporan Statistik OKU Malaysia 2023.
Rasuah ADUN Sabah: SPRM rakam percakapan 15 individu termasuk pemberi maklumat
SPRM telah merakam percakapan 15 individu, termasuk lapan ADUN Sabah dan seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah.
Dakwaan salah laku: Siasatan libatkan individu kepimpinan tertinggi BAM - Azam Baki
Tan Sri Azam Baki berkata, siasatan tidak melibatkan seluruh entiti atau organisasi tersebut.
Op Favish: SPRM sudah lengkapkan siasatan babit Vivy, suami - Azam Baki
SPRM sudah melengkapkan siasatan kes membabitkan pengasas platform e-dagang FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar.
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.
Kementerian Pertahanan perkukuh tatakelola pengurusan, pertingkat program integriti
Kementerian Pertahanan menekankan aspek peningkatan prosedur dalam tadbir urus, usaha mencegah penyalahgunaan kuasa, penyelewengan, dan pematuhan kepada arahan kerajaan yang ditetapkan.
SPRM sedang semak, siasat aliran tunai diterima pasangan pengasas FashionValet - Azam Baki
Azam berkata setakat ini pihaknya telah merekodkan keterangan sembilan saksi termasuk pasangan itu bagi melengkapkan siasatan kes berkenaan.
'Penjawat awam terlibat rasuah masih tinggi' - Azam Baki
Penjawat awam yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terlibat dalam rasuah mencecah hampir 50 peratus, menunjukkan negara masih bergelut untuk membanteras rasuah.
Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.
Isu FashionValet: 11 beg tangan, seutas jam tangan mewah disita dari kediaman Vivy, Fadza
SPRM menyita 11 beg tangan dan seutas jam tangan jenama mewah yang dianggarkan bernilai RM200,000 dari kediaman pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya.
Isu FashionValet: Vivy, suami dipercayai akan kembali ke SPRM Khamis
Siasatan ke atas pengasas platform e-dagang fesyen, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mungkin diteruskan pada Khamis.