SANDAKAN: Operasi Penilaian dan Vaksinasi Pantas (RAVO) yang tamat pada 30 November lepas, akan diteruskan jika ada keperluan untuk meningkatkan kadar vaksinasi COVID-19 di enam daerah di Sabah yang masih mencatatkan kadar vaksinasi terendah.
Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat negeri Datuk Shahelmey Yahya berkata, program itu yang dilaksanakan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), digerakkan pada awal Oktober lepas dengan menyasarkan Kinabatangan, Kunak, Tawau, Tongod, Sandakan dan Nabawan, kerana masing-masing mencatat kadar vaksinasi di bawah 70 peratus.
"Bagaimanapun, menerusi usaha RAVO ini kita berasa lega dengan perkembangan lebih 90 peratus penduduk dewasa yang ditemui mahu dan telah divaksinasi di beberapa lokaliti yang disasarkan.
"Kita akan buat lagi (RAVO) jika ada keperluan. Namun, JKNS kini masih meneruskan pemberian vaksin di fasiliti kesihatan dan klinik swasta berdaftar secara percuma," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Beliau ditemui selepas menghadiri majlis penghargaan Komuniti Rukun Tetangga (KRT) dan Sukarelawan Mobilisasi Vaksin Komuniti (MOVAK) yang terlibat dengan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) peringkat Sandakan.
Shahelmey turut memaklumkan pencapaian sebenar kadar vaksinasi di Sabah akan diselaraskan dengan hasil bancian penduduk yang akan diumumkan Jabatan Perangkaan dalam masa terdekat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 12 2021
Shahelmey turut memaklumkan pencapaian sebenar kadar vaksinasi di Sabah akan diselaraskan dengan hasil bancian penduduk yang akan diumumkan Jabatan Perangkaan. - Bernama
[LAPOR LANGSUNG] Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram tiada kaitan kumpulan pengganas - KPN
Berita terkini insiden serangan Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota polis dan mencederakan seorang yang lain, pada Sabtu.
Filem terbaharu ‘The Experts’ tampil pelakon hebat, genre berlainan buat peminat
Filem dengan idea original ini menampilkan kisah fiksyen tentang rompakan yang melibatkan sebentuk cincin permata.
Dua tahun di Ulu Tiram, pulang ke sini jasad terbujur kaku’ - Bapa
Dia tidak menitiskan air mata sepanjang berada di Johor Bahru bagi menyelesaikan urusan jenazah anak keempat daripada lapan itu.
Malaysia, Uzbekistan akan tingkatkan kerjasama ekonomi - Tengku Zafrul
Malaysia dan Uzbekistan akan memperbaharui komitmen mereka untuk mengukuhkan hubungan ekonomi sempena hubungan diplomatik selama empat dekad.
Bimbang hilang suami antara faktor wanita tidak jalani saringan kanser
Bimbang kehilangan suami dan menjadi beban kepada keluarga antara faktor menyebabkan ramai wanita di Kelantan tidak menjalani saringan awal kanser yang disediakan LPPKN di negeri ini.
SUKMA-21: Sarawak mahu cipta rekod untuk naik imej sebagai kuasa sukan
Sarawak selaku tuan rumah temasya Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-21 yang berlangsung bermula 17 Ogos ini, mahu mencipta rekod kejohanan untuk menaikkan imejnya sebagai kuasa sukan di negara ini.
Kelantan warta garis panduan baharu sukan Muay Thai - Exco
Kerajaan Kelantan sudah mewartakan garis panduan baharu berhubung sukan Muay Thai di negeri itu untuk diperkasakan dan dibangunkan semula bagi melahirkan atlet bertaraf dunia.
Pertumbuhan ekonomi rantau APEC dijangka cecah 3.4 peratus pada 2024 - Laporan
Pertumbuhan ekonomi di negara-negara Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) dijangka mencecah 3.4 peratus pada 2024 dan perlahan kepada 2.9 peratus pada 2025-2026.
Tempoh permohonan sertai Sidang Belia Wilayah Persekutuan dilanjut hingga 31 Mei
Tempoh permohonan keahlian Sidang Belia Wilayah Persekutuan (SBWP) dilanjutkan hingga 31 Mei ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa.
Sembilan pemain skuad juara 2022 perkuat cabaran Malaysia di Piala Asia 2024
MHC mengekalkan sembilan pemain daripada skuad 2022 yang membawa Malaysia muncul juara edisi lepas bagi menggalas tugas mempertahankan kejuaraan Piala Asia 2024 di Taldykorgan, Kazakhstan.
Pemilik haiwan peliharaan di Sarawak digesa dapatkan vaksin rabies
Situasi wabak rabies di Sarawak ketika ini agak membimbangkan justeru usaha pencegahan perlu dibuat secara teratur.
China laksana pelan vaksinasi baharu COVID-19 untuk kumpulan penting
Inokulasi vaksin yang berkesan terhadap subvarian XBB yang sangat kebal bakal dilaksanakan bagi menghadapi musim luruh dan musim sejuk akan datang.
AS mansuh mandat vaksinasi COVID-19 pekerja persekutuan dan pengembara asing bermula 11 Mei
Langkah serupa turut terpakai kepada pengembara asing yang memasuki Amerika Syarikat melalui pelabuhan darat dan terminal feri.
COVID-19: Jepun tarik semula beberapa SOP mulai hari ini
Kesemua pengembara yang mempunyai simptom masih perlu melakukan ujian COVID-19 selepas tiba di negara itu sehingga 8 Mei.
Vietnam kemas kini pemakaian pelitup muka di tempat awam susulan kes COVID-19 meningkat
Hanoi mengemas kini panduan COVID-19 dengan meminta orang ramai memakai pelitup muka di tempat awam ketika jumlah jangkitan COVID-19 meningkat, lapor Xinhua memetik akhbar tempatan pada Rabu.
Lubnan lancar kempen vaksinasi untuk tangani taun
Wabak taun yang berlaku ketika ini mencerminkan kemerosotan ekonomi dan akses yang lemah kepada air bersih dan perkhidmatan sanitasi.
Mumbai laksana pemantauan pintu ke pintu ekoran kes demam campak
Bulan lepas, tiga kanak-kanak berumur di bawah lima tahun meninggal dunia dalam tempoh 48 jam.
Cacar monyet: Itali mulakan kempen vaksinasi
Perangkaan oleh Kementerian Kesihatan mendedahkan, Itali melaporkan 545 kes cacar monyet.
COVID-19: Golongan kurang daya tahan imun sederhana, teruk dicadang terima dos ketiga - Khairy
Cadangan telah dibuat berdasarkan situasi semasa mengenai tahap keberkesanan vaksin dalam kalangan remaja yang berisiko tinggi.
Thailand mansuh pendaftaran pra-ketibaan
Mulai 1 Julai, pengembara tidak perlu lagi memohon Pas Thailand dan membeli insurans COVID-19 sebelum masuk ke negara itu.