Hari keenam pendengaran awam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian, Perlis hari ini bermula dengan saksi ke-17 memberi keterangan.
Inspektor Mohamad Afiq Sarmid dari pasukan komando VAT 69 berpangkalan di Ulu Kinta, Perak menjadi saksi pertama daripada empat orang saksi yang dijangka tampil memberi keterangan pada prosiding hari ini.
RCI yang berlangsung di Dewan Gemilang Kementerian Dalam Negeri di sini dijalankan di hadapan tujuh panel diketuai bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria selaku pengerusi.
Diperkenan penubuhannya oleh Yang di-Pertuan Agong pada 29 Jan lepas, RCI itu antara lain akan meneliti semua dokumen dan bukti berkaitan dengan kes penemuan kem penempatan sementara serta kubur di Wang Kelian.
Pada 2015, negara dikejutkan dengan penemuan 139 kubur dan 28 kem pemerdagangan manusia yang ditinggalkan di puncak Bukit Wang Burma di Wang Kelian yang terletak di sempadan Malaysia-Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 25 2019
Tapak kubur yang ditemui di puncak Bukit Wang Burma. - Foto fail
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
PNB umum dividen ASB 4.25 sen, bonus 0.75 sen
PNB mengumumkan pembayaran pengagihan pendapatan ASB 4.25 sen seunit dan bonus 0.75 sen seunit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2021.
Khalid dakwa Takiyuddin cuba takutkan rakyat
Khalid Samad mendakwa kenyataan yang dikeluarkan Datuk Seri Takiyuddin Hassan seolah-olah cuba mendiamkan bantahan orang ramai terhadap proklamasi darurat.
Tun Arifin janji laksana tanggungjawab sebaik mungkin
Pelantikan Arifin dan 18 individu lagi diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
RCI Wang Kelian: Empat saksi dijangka beri keterangan hari ini
Inspektor Mohamad Afiq Sarmid menjadi saksi pertama daripada empat orang saksi yang dijangka tampil memberi keterangan.
RCI Wang Kelian memasuki hari kelima
Prosiding berlangsung di Dewan Gemilang, Kementerian Dalam Negeri yang diubah suai menjadi mahkamah.
RCI Wang Kelian: 'Kenapa klasifikasi sebagai Kertas Enkuiri Polis?'
Isu tersebut berbangkit ketika sesi pendengaran awam saksi ke-12, Superintendan Rizani Che Ismail yang pada kejadian itu, beliau merupakan Ketua Polis Daerah (KPD) Padang Besar.
RCI Wang Kelian memasuki hari kedua
Hari kedua sesi pendengaran awam RCI mengenai penemuan kem penempatan sementara dan kubur di Wang Kelian menampilkan tiga lagi saksi.
RCI Wang Kelian: Lapan terma rujukan jadi teras - Arifin Zakaria
Arifin berkata pihaknya akan meneliti semua dokumen dan bukti serta menyiasat berkaitan dengan kes tersebut.
Peguam Negara: Tidak perlu asingkan perundangan dan kehakiman
Bagi Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali, tujuan utama di sebalik pengekalan bahagian perundangan dan kehakiman dalam satu khidmat yang sama adalah bagi memastikan pegawainya serba boleh.
Tiga penerima anugerah 'Tun' tahun ini
Ketiga-tiga tokoh itu mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan Tahun 2017 bersempena Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.