awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reban ayam terbakar, lebih 700 ayam rentung

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
14/10/2019
22:25 MYT
Reban ayam terbakar, lebih 700 ayam rentung
Pihak bomba berdepan kesukaran bagi kerja-kerja pemadaman memandangkan bumbung reban berkenaan runtuh. Astro AWANI
Lebih 700 ekor ayam rentung selepas sebuah reban menempatkan haiwan berkenaan hangus dalam kejadian di sebuah kilang pengeluaran ayam di Masjid Tanah, dekat sini, malam tadi.
Dalam kejadian sekitar 9 malam itu, pihak bomba terpaksa mengambil masa kira-kira dua jam setengah bagi memadamkan kebakaran di reban bersaiz 122 kaki kali 50 kaki itu.
Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Masjid Tanah, Penolong Penguasa Bomba Mohamad Hamizan Mohd Husin berkata, pihaknya menerima panggilan sekitar jam 9.15 malam sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Katanya, sebanyak dua jentera, sebuah EMRS dan unit bantuan satu ‘water tanker’ digerakkan ke lokasi bersama kekuatan 18 pegawai dan anggota.
Tambahnya, siasatan awal mendapati, hanya kira-kira 700 ekor ayam jantan berada di dalam reban berkenaan memandangkan 6,000 ekor lagi baru dipindahkan minggu lepas.
Mengulas lanjut katanya, tindakan pantas pasukan bomba berjaya mengawal kebakaran daripada merebak ke lima lagi reban berdekatan.
Tambahnya, pihak bomba berdepan kesukaran bagi kerja-kerja pemadaman memandangkan bumbung reban berkenaan runtuh menyebabkan pancutan air hanya boleh dibuat dari bahagian luar reban selain kekurangan sumber air.
Katanya, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dan kejadian dipercayai berpunca daripada bahagian tengah reban.
Siasatan berhubung punca kejadian dan jumlah kerugian bagaimanapun sedang dijalankan oleh Jabatan Forensik Bomba.
Topic Berkaitan
#Ayam
#bomba
#bumbung runtuh
#hangus
#kebakaran
#kerja-kerja pemadaman
#Masjid Tanah
#Mohamad Hamizan Mohd Husin
#reban ayam
#rentung
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan