awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reban musnah terbakar, 100 ekor ayam rentung

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
23/03/2021
13:46 MYT
Reban musnah terbakar, 100 ekor ayam rentung
Kebakaran dipercayai telah memusnahkan 95 peratus reban ayam kelas C itu. - Foto ihsan JBPM
BUKIT MERTAJAM: Kira-kira 100 ekor ayam pelbagai jenis rentung selepas reban yang menempatkan haiwan-haiwan berkenaan musnah terbakar dalam kejadian di Taman Nilam Tanjung, Simpang Ampat, Pulau Pinang pada Selasa.
Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, kejadian dilaporkan berlaku sekitar jam 3 petang dan pasukan bomba bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 3.33 minit petang.
Jentera bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Kawan bersama anggota dan pegawai yang tiba di lokasi kemudiannya mendapati api sedang marak.
Kebakaran dipercayai telah memusnahkan 95 peratus reban ayam kelas C itu.
Bagaimanapun anggota bomba berjaya mengawal api sebelum api padam sepenuhnya tidak lama kemudian.
"Siasatan awal mendapati kira-kira 100 ekor ayam mati, manakala 95 peratus struktur reban ayam itu musnah dijilat api.
"Punca kejadian dan jumlah sebenar kerugian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Topic Berkaitan
#reban ayam
#rentung
#terbakar
#kebakaran
#Taman Nilam Tanjung
#Simpang Ampang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan