KUALA LUMPUR: Webinar Reboot Now anjuran Astro AWANI telah membantu mengetengahkan intipati pembelajaran terhebat, iaitu cara pengusaha perusahaan industri kecil dan sederhana (PKS) berinovasi dan membangunkan perniagaan, walaupun ketika krisis.
Ketua Pengarang dan Ketua Astro AWANI, Ashwad Ismail berkata, ia memberikan pandangan tentang cara PKS membangunkan cara baharu dalam melakukan sesuatu, serta memberi pengajaran bahawa krisis bukan alasan untuk tidak bergerak ke hadapan.
Kata Ashwad, beliau yakin lebih banyak cabaran akan dihadapi dengan ketidaktentuan situasi semasa, namun dengan pemikiran dan sikap yang betul, tiada yang mustahil untuk dicapai.
"Keributan yang kita alami sekarang bukan calang-calang. Ia memberikan cabaran untuk kita mengadaptasi dan memerlukan ekosistem yang kondusif bagi membina dan mengembangkan perniagaan.
"Ini satu perjalanan yang panjang namun kita bersyukur kerana teknologi mempercepatkan proses perkembangan, perhubungan dan mencipta sesuatu yang baharu.
"Seperti yang pernah kami laporkan beberapa bulan lepas, seorang ibu tunggal di Melaka yang cukup pantas mengorak langkah selepas dibuang kerja semasa tempoh lockdown, bangkit menjadi usahawan dan kini beliau mencipta peluang pekerjaan untuk orang lain pula.
"Ini bukan sekadar berita tetapi ia mengandungi nilai yang perlu dihadam, seterusnya mencetuskan inspirasi kepada bakal-bakal usahawan start-up merentas usia, di seluruh negara," katanya ketika menyampaikan ucapan penutup webinar Reboot Now 2022, pada Sabtu.
Tambahnya, Astro AWANI akan terus memainkan peranan dalam meneruskan komitmen menyokong PKS menerusi semua platform.
Webinar Reboot Now 2022 yang berlangsung sejak 13 Januari, berakhir hari ini, dengan memberikan perkongsian secara komprehensif meliputi kemahiran, ilmu dan trend bisnes terkini kepada orang ramai terutama pengusaha perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mempertingkatkan daya tahan perniagaan melalui adaptasi teknologi digital melalui strategi, operasi dan pemasaran.
Madiha Abdullah
Sat Jan 15 2022

Lebih banyak cabaran akan dihadapi dengan ketidaktentuan situasi semasa, namun dengan pemikiran dan sikap yang betul, tiada yang mustahil. - Gambar fail

Tepung Gandum | Bekalan tidak terkesan, 80% import dari Australia
Malaysia dijangka tidak berdepan dengan kekurangan bekalan gandum. Ia di sebalik larangan india mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik. Ini jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kerana Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada dan Ukraine.

Buruh warga Indonesia maut ditetak rakan senegara
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan selain putus sebelah telinga.

FDI ke Malaysia 'mencanak naik', terbaik dalam kalangan ASEAN - Pengarah IKMAS UKM
FDI yang masuk ke Malaysia pada 2021 adalah yang tertinggi di seluruh negara ASEAN dan kita telah menerimaa lebih daripada AS$23.4 bilion.

Ellie, Azri bercerai selepas 19 tahun hidup sebagai suami isteri
Di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur pagi tadi, Azri melafazkan talak satu pada Ellie.

Bekalan tepung gandum tidak terjejas, 80 peratus diimport dari Australia - KPDNHEP
Larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik tidak menjejaskan bekalan tepung gandum negara

Eriksen impi kembali beraksi di pentas Liga Juara-Juara
Eriksen mengalami serangan jantung ketika bermain untuk Denmark, Jun tahun lalu, ketika Euro 2020 menentang Finland.

Hari Belia Negara: 'Peluang pekerjaan perlu terbuka, bukan eksklusif'
Ia bagi memastikan manfaat dan inisiatif yang disediakan oleh kerajaan sampai kepada golongan belia disasar, sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Cadangan wujud Majlis Pemulihan Negeri masih relevan - Muhyiddin
Cadangan untuk wujudkan Majlis Pemulihan Negeri masih relevan kerana sesetengah isu bukan masalah nasional tetapi berkaitan negeri atau kawasan tempatan, kata Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Tidur satu jam sahaja..."- Selepas seminggu Mira Filzah kongsi nama anak
Mira berkongsi bagaimana nama itu diberikan buat putera mereka.

AWANI Ringkas: Titik panas risiko kebakaran dikenal pasti
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Grab sambut baik penganugerahan lesen perbankan digital
Usaha sama bank digital itu akan memegang 55.45 peratus kepentingan dalam bank digital Malaysia yang dicadangkan, yang akan diketuai oleh Pei Si Lai.

Kerajaan selesai agih bantuan banjir kepada usahawan informal, mikro sebelum Aidilfitri - Noh
Perjumpaan bersama Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SME Corp) dan Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) akan diadakan pada Rabu ini.

Gaji minimum perlu diperhalusi lagi - Willie
Willie juga berharap skim gaji minimum akan dilaksana dengan formula situasi menang-menang dan tidak terlalu menekan usahawan.

Sektor e-dagang Malaysia berjaya catat rekod pendapatan RM1 trilion pada 2021
Perdagangan digital Malaysia dijangka mendapat faedah yang ketara menerusi ratifikasi perjanjian RCEP yang telah dimeterai.

PKS perlu main peranan dalam agenda perubahan iklim negara - Zaini Ujang
Sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) serta rantaian bekalan perlu memainkan peranan penting dalam menyokong usaha agenda perubahan iklim negara.

PKS mengalu-alukan pembukaan semula sempadan, fasa endemik
Selain sektor pelancongan, semua PKS dari industri lain turut akan mendapat manfaat daripada pembukaan sempadan melalui fasilitasi perdagangan dan perniagaan yang lebih teratur.

5 cadangan Samenta demi kelangsungan PKS dalam fasa pemulihan
William meminta agar kerajaan segera mengisytiharkan peralihan ke fasa endemik untuk membolehkan rakyat dan perniagaan menyambung semula kehidupan mereka secara normal.

PKS kian terdesak akibat kenaikan kos, pemulihan sukar - SAMENTA
PKS sedang menghadapi beberapa cabaran termasuk peningkatan kos yang mendadak selain kekurangan tenaga pekerja.

Bajet 2022 Singapura: Pakej S$500 juta buat PKS yang masih bergelut
Peniaga yang layak terima bantuan termasuk daripada sektor F&B, pelancongan, dan peruncitan.

SME Bank sasar peningkatan jualan eksport RM23 juta bagi peserta BEP
Setakat ini 73 buah syarikat tempatan telah menyertai program tersebut dan mencatat peningkatan hasil eksport sebanyak RM141.4 juta.