awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rehatkan Azmin? Khalid Samad serah pada Majlis Presiden

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
16/06/2019
07:17 MYT
Rehatkan Azmin? Khalid Samad serah pada Majlis Presiden
Khalid enggan mengulas mengenai kontroversi itu kerana tidak menonton klip video tersebut. - Bernama
Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad menyerahkan kepada Majlis Presiden untuk membuat sebarang keputusan mengenai desakan sesetengah pihak agar Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bercuti sementara siasatan kes klip video intim yang mengaitkannya dilakukan.
Beliau yang juga Pengarah Komunikasi Amanah pada masa sama enggan mengulas panjang mengenai kontroversi berkenaan kerana tidak menonton klip video itu.
“Saya serah pada Majlis Presiden untuk mengkaji dan kabinet untuk mengkaji (desakan Azmin direhatkan).
“Tak tahu (sama ada Azmin perlu direhatkan) sebab saya tak tengok pun video tu,” katanya semasa ditemui media di Rumah Terbuka Wangsa Maju di sini pada Ahad.
Beliau bagaimanapun menolak sebarang bentuk politik kotor.
“Saya tidak boleh komen pasal video tu sebab saya tak tengok pun. Macam-macam kemungkinan. Mungkin kita tak boleh layan. No gutter politics. Kita tolak gutter politics,” tambah beliau.
Mohamed Azmin sebelum ini berkata beliau akan terus memberikan khidmat kepada rakyat di sebalik desakan supaya mengambil cuti sementara.
BACA: Lembaga disiplin PKR perlu siasat dalang di sebalik penyebaran video seks - Azmin
BACA: Saya simpati dengan keluarga Azmin - Dr Wan Azizah
BACA: Polis bebaskan Haziq dengan jaminan
Topic Berkaitan
#azmin ali haziq aziz
#Khalid Samad
#Pengarah Komunikasi Amanah
#video intim
#video seks
#video tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan