KUALA LUMPUR: Terengganu FC (TFC) menyekat hasrat Sri Pahang FC untuk melebarkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Super kepada enam perlawanan selepas menang tipis 2-1 pada pertembungan di Stadium Darul Makmur di Kuantan, malam tadi.
Beraksi di laman sendiri, skuad Tok Gajah yang merekodkan empat kemenangan dan satu seri dalam lima aksi terakhir bagaimanapun terpaksa menunggu sehingga separuh masa kedua untuk memecah kebuntuan menerusi penyudah Manuel Hidalgo yang tidak dikawal dalam kotak penalti pada minit ke-47.
Pasukan pelawat dibimbing Mohd Nafuzi Mohd Zain tidak mudah menyerah kalah apabila bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-73 selepas Habib Haroon berjaya melepasi kawalan pemain pertahanan Sri Pahang untuk menanduk masuk sepakan penjuru Petrus Shitembi.
Shitembi kemudian muncul wira TFC pada minit ke-87 selepas rembatannya yang tertampan kaki pertahanan Sri Pahang, menyaksikan bola melambung tinggi sebelum menjunam ke gawang menewaskan penjaga gol Mamadou Samassa sekali gus menjadi gol kemenangan TFC.
Selepas 16 perlawanan, TFC kini di tangga keempat mengumpul 26 mata sementara Sri Pahang yang telah mengharungi 17 aksi di kedudukan kelima dengan 21 mata.
Pada masa sama, jaringan tunggal penyerang kebangsaan Darren Lok pada minit ke-59 sudah cukup untuk menghadiahkan tiga mata berharga kepada Petaling Jaya (PJ) City FC yang mengatasi Selangor FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.
Ia adalah kekalahan keempat berturut-turut Selangor FC yang kini berada di kedudukan kesembilan dengan mengumpul 16 mata daripada 15 perlawanan dan berkongsi mata dengan PJ City yang berada di kedudukan kesepuluh selepas 17 aksi.
Sementara itu, pendahulu Liga Premier, Kelantan FC kempunan membawa pulang tiga mata selepas terimat 2-2 berdepan Terengganu FC II (TFC II) di Stadium Sultan Muhammad IV.
Kelantan bermula baik dengan mendahului 2-0 seawal 15 minit pertama menerusi jaringan Nurshamil Abd Ghani pada minit kelima dan Dzulfahmi Abdul Hadi (minit ke-12), namun Wan Fazli Wan Ghazali menjadi duri dalam daging selepas meledak dua gol pada minit ke-33 dan ke-39 untuk mengikat kedudukan sehingga wisel penamat.
Di Stadium Perak, Ipoh, Skuad Projek FAM-MSN akhirnya berjaya mendapatkan tiga mata pertama musim ini selepas bangkit membenam Perak FC 3-1
Tiga jaringan Skuad Projek FAM-MSN masing-masing dijaringkan Amirul Akmal Safarinizam pada minit ke-42, Izzat Zikri Iziruddin (minit ke-56) dan Farris Izdiham Awang Kechik (minit ke-60) manakala gol sagu hati pasukan tuan rumah hadir menerusi Stipe Plazibat pada minit keenam.
Dalam pada itu, jaringan Feroz Baharudin pada minit kesembilan dan dua jaringan Daryl Sham pada minit kesepuluh dan ke-67 membantu Johor Darul Ta'zim (JDT) II menewaskan PDRM FC 3-0 ketika bertandang ke Stadium UiTM, Shah Alam.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 21 2022
Selepas 16 perlawanan, TFC kini di tangga keempat mengumpul 26 mata. - Foto Facebook/Terengganu FC
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian – Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Tun Musa lancar buku Ku Li: Memoir 205, angkat perjalanan politik Tengku Razaleigh
Tun Musa Hitam melancarkan buku KU LI: Memoir 205 yang mengangkat kisah perjalanan politik lagenda politik, Tengku Razaleigh Hamzah pada Selasa.
Iran mulakan siasatan nahas helikopter Presiden Raisi
Iran memulakan siasatan berhubung nahas helikopter yang mengorbankan Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya dalam kejadian di barat laut negara itu.
AWANI Ringkas: Empat individu mengaku bersalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
TPM Fadillah bincang pengurusan air lestari dengan Bank Dunia, UNECE di Bali
Fadillah mengadakan perbincangan dua hala dengan Bank Dunia dan United Nations Economic Commission for Europe (UNECE).
Polis terima laporan kes gaduh libat anak bekas Exco Pulau Pinang
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai pergaduhan melibatkan beberapa individu di sebuah kafe di Jalan Sultan Ahmad Shah di sini pada 13 Mei lalu.
Konsert Dato' M.N45ir Cipta bakal gegar Axiata Arena 10 Ogos
Maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir akan tampil dengan Konsert Dato' M.N45ir Cipta yang dijadualkan berlangsung pada 10 Ogos depan.
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Isu samun: Terengganu pandang serius kejadian melanda Akhyar Rashid
Akhyar Rashid mengalami kecederaan ringan di bahagian kepala dan kaki, namun beliau dilaporkan berada di dalam keadaan stabil.
Steinbruckner nafi dapat khidmat Ponstonjski untuk TFC
Pengendali skuad Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menafikan desas-desus bakal mendapat khidmat pemain Croatia, Igor Ponstonjski.
Ke mana destinasi Rahadiazli?
Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner, sejak musim lalu lagi menuntut pemain kebangsaan itu agar mencari cabaran baru.
TFC pinjamkan dua pemain ke pasukan lain
Dua pemain Terengganu FC (TFC) akan dipinjamkan ke pasukan lain sebagai langkah penjimatan kelab musim ini.
Penghijrahan ke TFC keputusan sendiri - Akhyar Rashid
Bekas pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) Akhyar Rashid mengakui penghijrahannya ke skuad Penyu musim ini, atas pilihannya sendiri.
Wajah baharu TFC 'skuad idaman' Steinbruckner
Pengendali Terengganu FC (TFC) Tomislav Steinbruckner menyifatkan pasukan yang dibentuk bagi menghadapi musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) tahun ini merupakan skuad idaman.
Safawi Rasid tidak lagi panaskan bangku simpanan?
Semoga magis sebagai 'dead ball speacialist" mampu dilakukan Safawi apabila bersama Skuad Penyu.
Safawi, Akhyar barakan Terengganu FC
Safawi Rasid dan Akhyar Rashid secara rasmi diumumkan sebagai pemain Terengganu FC (TFC).
Akram Mahinan sah milik TFC
Bukan lagi khabar angin, bekas pemain tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Akram Mahinan kini sah menjadi milik Terengganu FC (TFC).
Ivan Mamut kekal bersama TFC - CEO TFCSB
Penyerang import utama Terengganu FC (TFC), Ivan Mamut kekal bersama skuad itu bagi mengharungi Liga Malaysia (Liga M) musim depan.