HULU TERENGGANU: Seorang remaja dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai di Kampung Dusun, Hulu Terengganu pada Jumaat.
Mangsa, Muhammad Adam Syazwan Mokhtar, 15 tahun, dikatakan dihanyutkan arus deras ketika mandi bersama rakannya, Putra Azim Fahmi Azmi, 16 tahun.
Menurut Putra Azim Fahmi, dia bersama mangsa dan tiga lagi rakan ke sungai itu kira-kira jam 2 petang.
Dia dan Muhammad Adam Syazwan yang mandi manakala tiga yang lain berada di tebing.
"Asalnya, pergi ke pulau di hadapan sana. Kemudian ketika hendak balik, air naik tinggi. Saya sempat naik ke darat. Tetapi dia (Muhammad Adam Syazwan) lemas.
"Ketika itu, air cetek, tetapi tiba-tiba naik dengan mengejut. Saya lari selamatkan diri. Saya beritahu dia, dia nak ikut, tetapi saya tak nampak dia (menyusul)," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu DSP Hasmerra Hassan yang mengesahkan kejadian berkata, operasi pencarian mangsa giat dilaksanakan pada radius dua kilometer daripada lokasi terakhir mangsa dilihat.
"Kita bersama pihak bomba telah jalankan outer coverage. Semakan di sekitar tebing di kedua-dua sungai, sebagai usaha berterusan untuk mengesan dan mencari mangsa yang hilang," katanya.
Menurutnya, seramai 77 kekuatan anggota dan pegawai polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dengan dibantu orang awam digerakkan bagi mengesan remaja terbabit.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan ketika melakukan aktiviti di air.
Astro Awani
Sat Jun 03 2023
Operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai di Kampung Dusun, Hulu Terengganu melibatkan seramai 77 anggota dan pegawai polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam serta orang awam. - Foto Astro AWANI
Kami Care Misi Banjir: 40 penyampai radio 13 stesen Astro Radio turun padang
Astro Radio dengan kerjasama Yayasan Astro Kasih telah menganjurkan kempen Kami Care Misi Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2024 di kawasan parkir LOTUS Cheras, dari jam 10 pagi hingga 5 petang.
Pahang dan Johor dijangka terjejas gelombang kedua
MetMalaysia meramalkan gelombang kedua banjir dalam tempoh dua minggu bermula Ahad. Pahang dan Johor antara negeri yang dijangka turut terjejas kali ini.
Harga beras putih import turun
Harga beras import dari India berjaya diturunkan adalah hasil rundingan dengan kerajaan India baru-baru ini.
12 cedera, beberapa kanak-kanak hilang empangan pecah
Sekurang-kurangnya 12 orang cedera manakala beberapa kanak-kanak dilaporkan hilang selepas sebuah empangan pecah di wilayah luar bandar barat daya Colombia, Cauca, awal pagi Jumaat.
Penjaga rumah anak yatim ditahan kes rogol penghuni
Polis menahan seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes rogol remaja perempuan berusia 17 tahun di rumah jagaan anak yatim swasta di sini baru-baru ini.
Presiden AS beri penghormatan kepada tentera
Presiden Amerika Syarikat Joe Biden menzahirkan penghormatan terhadap pengorbanan tentera Amerika sempena memperingati ulang tahun ke-83 serangan ke atas Pearl Harbor.
PLKN 3.0 ikut acuan Malaysia, pupuk kemajmukan rakyat - Khaled Nordin
Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 tidak akan mengikut acuan atau format negara luar.
Pihak berkuasa Republik Dominica rampas 9.5 tan metrik dadah
Pejabat Kawalan Dadah Republik Dominica pada Jumaat menyaksikan rampasan kokain terbesar dalam sejarah negara itu dengan penemuan lebih 9.5 tan metrik dadah yang disembunyikan dalam satu penghantaran pisang di sebuah pelabuhan di Santo Domingo.
Warga Korea Selatan terus gesa Suk Yeol letak jawatan
Ribuan warga Korea Selatan mengadakan tunjuk perasaan secara aman di Seoul sebagai menggesa Presiden Yoon Suk Yeol meletakkan jawatan.
TMJ berbesar hati kewujudan JBS, bangun modal insan kualiti
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah, baginda berbesar hati dengan kewujudan Johor Business School (JBS), sebuah fakulti baharu di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada Sabtu.
Pemancing hilang ditemukan lemas di Langkawi
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas terjatuh ke dalam laut ketika menyeberangi jambatan kayu 'Water Breaker' Kuala Chenang di Langkawi, malam semalam, ditemukan lemas petang tadi.
Banjir Kedah: Jasad pengawal keselamatan lemas ditemukan tersangkut pada reba kayu
Jasad mangsa ditemukan tersangkut pada reba di tebing sungai, kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi terakhir dia dilihat.
Dua warga emas korban baharu banjir di Kelantan - Polis
Dua lelaki warga emas lemas di Machang, hari ini menjadikan korban banjir di negeri ini meningkat kepada lima orang setakat ini, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Lelaki autistik ditemukan lemas
Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan mayat Muhammad Helmi Azman, 26, pada 11.44 pagi.
JBPM Terengganu masih mampu berdepan situasi banjir semasa - Pengarah
Kekuatan sedia ada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu setakat ini masih berupaya mendepani situasi semasa banjir di negeri itu.
Warga emas korban banjir pertama di Terengganu
Tuan Jusoh Tuan Hassan, 66 tahun, dilaporkan pergi ke kawasan sawah padi kira-kira jam 8.15 pagi untuk memukat ikan bersama tiga lagi rakannya.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas di tali air di Bachok
Muhammad Syamil Saniran, 14, ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira tiga meter.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Lelaki dikhuatiri lemas jatuh jambatan Jertih
Kejadian itu telah dilihat oleh pengguna jalan raya sebelum memaklumkan kepada pihak berkuasa.