awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja ditahan, disyaki bunuh rakan kerana cemburu

Bernama
Bernama
28/08/2023
09:45 MYT
Remaja ditahan, disyaki bunuh rakan kerana cemburu
Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun kerana disyaki membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam parit di Jalan Pasir, Kampung Sungai Payung Baruh, Rungkup, Bagan Datuk, Rabu lepas. - Gambar hiasan
IPOH: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun kerana disyaki membunuh seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam parit di Jalan Pasir, Kampung Sungai Payung Baruh, Rungkup, Bagan Datuk, Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri berkata remaja itu ditahan di Hutan Melintang, Sabtu lepas.
"Mayat dikenal pasti merupakan seorang lelaki tempatan berusia 21 tahun dan mereka berdua adalah rakan dan jiran di sebuah taman perumahan di Teluk Intan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati punca pembunuhan adalah disebabkan suspek cemburu kepada si mati kerana mengganggu teman wanitanya yang berusia 20 tahun.
Katanya suspek mengaku membunuh mangsa pada 20 Ogos lepas sebelum membuang mayat si mati di lokasi penemuan mayat tersebut.
Ahmad Adnan turut menafikan maklumat tular mendakwa terdapat dua orang mangsa bunuh dalam kejadian itu.
Rabu lepas, polis menerima maklumat pada 4.48 petang daripada orang awam mengenai penemuan mayat dalam keadaan tertiarap dalam parit di kawasan kebun sawit.
Mangsa yang memakai baju berwarna merah dan berseluar pendek ditemukan dengan beberapa kesan luka pada bahagian tangan, kaki dan leher.
Hasil bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh mendapati punca kematian disebabkan oleh luka potongan pada bahagian kepala dan leher.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja ditahan
#disyaki bunuh rakan
#cemburu
#Polis Daerah Hilir Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan