awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki 19 tahun ditahan terlibat kegiatan militan di Syria

Bernama
Bernama
11/12/2015
13:10 MYT
Remaja lelaki 19 tahun ditahan terlibat kegiatan militan di Syria
KHALID: Suspek menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di beberapa kem kumpulan pengganas di Hamar dan Idlib di Syria.
Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun yang dipercayai terlibat dengan kegiatan militan di Syria ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dekat sini, Isnin lepas.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata suspek berasal dari Perak itu ditahan oleh anggota Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia selepas kembali dari Syria melalui Turki.
"Bekas pelajar sebuah kolej di Kaherah, Mesir, direkrut untuk menyertai kumpulan pengganas di Syria pada pertengahan 2014 selepas berinteraksi melalui Facebook dengan seorang daripada anggota pengganas dari Syria.
"Pada hujung September 2014, anggota pengganas itu mengatur penyusupan masuk suspek ke Syria melalui Turki," katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata siasatan mendapati suspek menyertai satu daripada kumpulan gabungan Al Qaeda di Syria dikenali dengan nama Jund Al Aqsa.
"Suspek menjalani latihan ketenteraan selama sebulan di beberapa kem kumpulan pengganas di Hamar dan Idlib di Syria," katanya.
Khalid berkata suspek juga didedahkan dengan kemahiran mengendalikan senjata api AK47, Rocket-propelled grenade (RPG), machine gun, senjata anti kereta kebal dan bom tangan.
"Suspek juga terlibat dalam hampir 100 operasi ketenteraan bersama kumpulan itu," katanya.
Beliau berkata suspek ditahan kerana melakukan kesalahan di bawah Bab VIa, kesalahan berkaitan dengan keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747).
Topic Berkaitan
#Khalid Abu Bakar
#militan
#Syria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan