awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki diberkas kes cabul dalam lif

Sinar Harian
Sinar Harian
25/11/2022
00:39 MYT
Remaja lelaki diberkas kes cabul dalam lif
Lelaki yang dipercayai mencabul kanak-kanak perempuan ketika berada di dalam lif sebuah kediaman di Putrajaya pada Rabu diberkas polis. (Gambar kecil: A Asmadi)
PUTRAJAYA: Seorang kanak-kanak perempuan berdepan detik hitam selepas dipercayai menjadi mangsa cabul ketika berada di dalam lif di sebuah kediaman dekat sini pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, kejadian itu diceritakan mangsa berusia 12 tahun kepada ibunya pada jam 8.20 pagi.
"Mangsa memberitahu ketika menaiki lif dari aras G untuk ke tingkat lapan, dia telah diraba dan pipinya dicium oleh suspek lelaki.
"Suspek kemudian dikatakan terus lari di tingkat empat blok kediaman itu dan turun ke tingkat G sebelum menghilangkan diri dengan menaiki kereta," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, susulan kejadian itu, satu laporan dibuat ibu mangsa di Balai Polis Presint 7 Putrajaya, pada Khamis.
Katanya, siasatan awal mendapati suspek berusia 19 tahun itu dikatakan pernah menjadi anak murid kepada ibu mangsa di sebuah sekolah di Putrajaya.
"Bertindak hasil maklumat, remaja lelaki terbabit berjaya diberkas di Pasar Kajang pada petang Khamis.
"Reman akan dipohon esok untuk siasatan kes di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan," jelasnya. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#cabul dalam lif
#A Asmadi Abdul Aziz
#anak murid kepada ibu mangsa
#diberkas di Pasar Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan