Polis menahan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat rakannya di Sungai Kerian di sini, Khamis lepas.
Ketua Polis Daearah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditahan di rumahnya di Nibong Tebal di sini pada 11 malam tadi.
"Lepasan sekolah itu ditahan bagi membantu siasatan polis dan kita percaya dapat memperoleh beberapa petunjuk berhubung kes berkenaan.
"Dia direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Akhbar hari ini melaporkan mayat A.Samuel, 18, ditemui di sungai itu setelah ibunya membuat laporan polis selepas beliau tidak pulang ke rumahnya sejak Selasa lepas.
Hasil laporan bedah siasat, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai bunuh kerana mayatnya Samuel dipercayai dibelasah hingga mati di tempat lain sebelum mayatnya dibuang di sungai berkenaan.
Dalam perkembangan lain, Shafien berkata mayat seorang lelaki yang lengkap berpakaian ditemui tersangkut di pokok Nipah di Sungai Kerian kira-kira 12.40 petang ini.
"Seorang nelayan menghubungi polis dan memaklumkan menemui mayat tersangkut di pokok Nipah dalam keadaan tertiarap.
"Sepasukan anggota kita dihantar ke tempat kejadian dan mendapati mayat lelaki memakai seluar dan kemeja-t berwarna gelap berada di kawasan tebing sungai berkenaan. Berdasarkan keadaan mayat, ia seperti sudah lama dan telah dimakan oleh biawak," katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat atau kehilangan anggota keluarga boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.
Bernama
Sun May 04 2014
SHAFIEN: Remaja lelaki berusia 18 tahun itu ditahan di rumahnya di Nibong Tebal. -Gambar Fail
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik
Penaja kepada pemain perseorangan profesional negara Lee Zii Jia, Victor, membuat permohonan maaf berhubung kesilapan melibatkan logo Jalur Gemilang yang terbalik di jersi pemain itu pada perlawanan pertamanya di Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Rabu.
Perubahan iklim: Kerjasama, komitmen antarabangsa perlu jayakan aspirasi
Nik Nazmi berkata, komitmen antarabangsa amat signifikan dan boleh dipuji, biarpun belum mencapai tahap yang dikehendaki.
Import kenderaan China ke AS catat rekod tertinggi Januari-Oktober
Pada Januari-Oktober, AS membeli kenderaan dari China bernilai US$2.89 bilion - peningkatan tahunan sebanyak 1.5 kali ganda.
RUU Majlis Media Malaysia dibentangkan kali pertama hari ini
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang hari ini, bertujuan memperkasa etika kewartawanan, menggalakkan pelaporan bertanggungjawab, dan menyokong pembangunan media negara.
Isu STEM dan kebajikan nelayan tumpuan hari ini
Sidang terakhir Parlimen hari ini membincangkan isu pendidikan STEM, kebajikan nelayan, semakan Akta Taska 1984, serta pembentangan Rang Undang-Undang Majlis Media Malaysia 2024.
Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun
Situasi banjir di Kelantan pulih sepenuhnya malam tadi manakala jumlah mangsa di Terengganu terus menurun.
UK sumbang 13 juta pound kepada UNRWA
Perdana Menteri United Kingdom (UK) Keir Starmer mengumumkan sumbangan sebanyak £13 juta pound kepada Agensi Bantuan Dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Untuk Pelarian Palestin (UNRWA).
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Menurut kenyataan Downing Street pada Rabu, pengumuman itu dibuat dalam pertemuan Starmer dengan Pesuruhjaya Agung UNRWA, Philippe Lazzarini di London.
Trump rancang 25 perintah eksekutif pada hari pertama
Presiden Amerika Syarikat yang bakal dilantik, Donald Trump, merancang menandatangani lebih daripada 25 perintah eksekutif dan arahan pada hari pertamanya menjawat jawatan pada 20 Januari.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Langkah ini bertujuan merombak dasar kerajaan AS secara menyeluruh dalam isu imigresen, tenaga, dan bidang utama lain.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Qatar pada Rabu mengumumkan akan membuka semula kedutaannya di Syria selepas lebih 13 tahun ditutup.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Menurut jurucakap Kementerian Luar Majed al-Ansari, tindakan itu akan dilakukan selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Remaja lelaki ditahan bantu siasatan kes mayat ditemui di Sungai Kerian
Polis menahan seorang remaja lelaki bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat di Sungai Kerian, Khamis lalu.