awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

Muhafandi Muhamad
Muhafandi Muhamad
06/01/2021
15:41 MYT
Remaja lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik ketika harung banjir
Rakaman video itu memaparkan seorang lelaki cuba mengalihkan tubuh mangsa lain yang tertiarap di atas jalan yang dinaiki air kira-kira setinggi paras buku lali orang dewasa. - Gambar/ media sosial
PASIR MAS:Polis akan menjalankan siasatan berhubung punca kematian seorang remaja lelaki yang dipercayai terkena renjatan elektrik ketika mengharung banjir di Rantau Panjang, dekat sini, malam tadi.
Ia selepas satu video dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian itu yang dikatakan berlaku kira-kira jam 8 malam tadi tersebar di media sosial.
Rakaman video itu memaparkan seorang lelaki cuba mengalihkan tubuh mangsa yang tertiarap di atas jalan yang dinaiki air kira-kira setinggi paras buku lali orang dewasa.
Lelaki itu menggunakan sebatang kayu panjang sambil disaksikan beberapa pengguna jalan raya lain.
Dia turut dilihat cuba menarik tubuh mangsa, namun terkejut dan berundur dipercayai kerana terkena aliran elektrik.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi, berkata siasatan masih dijalankan buat masa ini.
Mayat remaja berkenaan dihantar ke Hospital Pasir Mas untuk proses bedah siasat.
Topic Berkaitan
#banjir kelantan
#remaja lelaki
#harung banjir
#renjatan elektrik
#Pasir Mas
#Polis siasat
#Tular
#mengalihkan
#mayat
#tertiarap
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan