awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja lelaki maut tertimbus tanah ketika mendulang emas di Lipis

Bernama
Bernama
29/02/2024
09:42 MYT
Remaja lelaki maut tertimbus tanah ketika mendulang emas di Lipis
Semasa aktiviti mendulang mangsa ada menggali tanah dengan menggunakan tangan dan tanah di tempat mangsa menggali dikatakan telah menggelongsor ke atasnya menyebabkan dia tertimbus. -Gambar hiasan
KUANTAN: Seorang remaja lelaki maut akibat tertimbus tanah dipercayai ketika mendulang emas di Pos Pantos, Kuala Lipis semalam.
Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata siasatan mendapati mangsa Budiman Johan, 18, bersama empat lagi rakannya telah ke ladang sawit di Pos Pantos untuk mendulang emas di kawasan berkenaan pada 3 pagi.
"Semasa aktiviti mendulang mangsa ada menggali tanah dengan menggunakan tangan dan tanah di tempat mangsa menggali dikatakan telah menggelongsor ke atasnya menyebabkan dia tertimbus.
"Rakan-rakan lelaki itu telah membantu mengeluarkannya daripada timbusan tersebut dan membawa mangsa balik ke rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azli berkata hasil pemeriksaan oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Sungai Koyan, Lipis mendapati mangsa telah meninggal dunia dan telah dibawa ke Hospital Lipis untuk bedah siasat.
Punca kematian disebabkan asfiksia atau keadaan kandungan oksigen dalam tubuh rendah, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tertimbus tanah
#dulang emas
#Pos Pantos
#Budiman Johan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan