awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan 14 tahun 'diculik': Netizen kongsi simpati, seru ambil teladan

Nizam Bakeri
Nizam Bakeri
02/01/2016
06:01 MYT
Remaja perempuan 14 tahun 'diculik': Netizen kongsi simpati, seru ambil teladan
Menurut polis, kisah penculikan tersebut rekaan semata-mata kerana beliau tidak mahu pulang ke rumah keluarga dan ingin bersama teman lelaki. - Gambar fail
Insiden remaja perempuan 14 tahun yang mereka-reka cerita kononnya diculik telah menggemparkan seluruh negara dan muncul viral di media sosial.
Ibunya, Asmah Majid yang menghebahkan berita kehilangan anak beliau di Facebook segera mendapat perhatian masyarakat.
Tanpa bertangguh masyarakat berkongsi simpati, rasa ingin tahu dan cemas apabila mendengar rakaman suara remaja tersebut yang gementar dan teresak-esak sambil memberitahu ‘kisahnya’ yang diculik oleh sebuah van putih sehingga ke Johor Bahru.
Selepas cerita rekaannya dibongkar oleh pihak polis, remaja perempuan tersebut dikecam di Facebook dan Twitter.
Beberapa netizen menganggap perbuatan tersebut tidak wajar dan bakal membahayakan mangsa culik yang lain kerana pihak polis dan masyarakat setempat mungkin akan berfikir dua kali sebelum membantu mana-mana keluarga yang berhadapan insiden penculikan selepas ini.
Ksn dri isu "culik" amirah . Lepas ni ramai yang akan krg concern about culik Ibarat Kisah Pengembala Biri2 Yang mnipu penduduk skeliling
— م(@mehmet_mubarak) January 2, 2016
lepas ni rakyat malaysia mest dah kurg nak ambil tahu pasal kes culik² ni. sbb dah kena tipu dngan si Amirah tu. takut laa kena tipu lg.
— HafizalHamidon(@hafizal0711) January 2, 2016
Kan betul aku cakap... lepas ni case2 culik org rasa cam main2 sebab case Amirah Lahanet tu. Ni semua mainan sindiket. Hati2.
— The Qemall (@AdikQemall) January 2, 2016
Terdapat juga netizen yang bersimpati dengan tindakan ibu bapa yang memohon maaf atas kesilapan gadis berkenaan di Facebook dan media massa.
@501Awani kesian ibu dia. mesti malu, takpe makcik. saya harap amirah membesar menjadi seorang yg membanggakan makcik sekeluarga. ameen! :-)
— Mun (@mnrhsh) January 1, 2016
Kesian tengok mak amirah tu, seeking appologize from everyone, luluh hati seorang ibu
— Jai. (@SyukriLincoln) January 1, 2016
harap takde sesape salahkan Mak Ayah si Amirah tu. diorang tak salah. kesian dorang.
— Maslina Ibrahim (@Maslinaaa) January 1, 2016
Sebahagian netizen tidak setuju dengan serangan kata-kata dan tindakan menyelar keluarga gadis berkenaan yang dianggap sebagai tidak sensitif.
Dah dah lah pasal si amirah tu. Bayangkan perasaan mak ayah dorang sekarang ni. jangan syok aibkan orang je.
— Army (@baby_hanis) January 1, 2016
Part budak Amirah ni, dari mula sampai la ni orang troll pasal dia. Ada fikir pasal keluarga dia tak ? Perasaan mak bapak dia khususnya.
— Syakir Khairudin (@Syakir_Zaqwan) January 1, 2016
Tak habis habis dengan amirah atirah, yg ko hina sangat ko tk kesian ke mak bapak dia. Dah jumpa tu ok ah lantok dia nk lari ke benda
— Dielanish (@anisazzl) January 2, 2016
Mereka mahu media sosial masa kini lebih berhati-hati dalam mendekati masalah melibatkan remaja dalam usia muda.
Mereka turut memberi rasional bahawa 14 tahun merupakan usia yang muda dan sesiapa sahaja, tanpa didikan dan perhatian yang cukup akan berhadapan dengan risiko bertindak di luar batas rasional.
Komentar pengguna Facebook mengenai isu gadis 14 tahun yang memalsukan kisah kehilangannya.
Komentar pengguna Facebook mengenai isu gadis 14 tahun yang memalsukan kisah kehilangannya.
Topic Berkaitan
#asmah majid
#Gadis hilang
#Kini Trending
#remaja hilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan