awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Belian saat akhir lonjak petunjuk pasaran Bursa Malaysia untuk ditutup tinggi
Pemergian Khaleda Zia: Bangladesh isytihar berkabung tiga hari
Ringgit ditutup lebih kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Remaja perempuan dan anak maut terjatuh bangunan hospital

Ridzal Abdullah, Qaisara Umaiyah
Ridzal Abdullah, Qaisara Umaiyah
01/02/2020
04:42 MYT
Remaja perempuan dan anak maut terjatuh bangunan hospital
Polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar mangsa bertindak terjun bersama anaknya. - Foto Astro AWANI
Seorang ibu muda dipercayai bertindak nekad dengan terjun bersama anaknya di Hospital Lahad Datu kira-kira pukul 7.15 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Nasri Mansor berkata, mangsa yang berusia 16 tahun itu maut di tempat kejadian.
"Siasatan awal mendapati bahawa, anak mangsa mendapat rawatan selama 11 hari di dalam wad akibat jangkitan kuman," katanya dalam satu kenyataan.
Jelas Nasri, apabila keadaan anaknya stabil dan oksigen pernafasan ditanggalkan, mangsa dilihat mendukung anaknya dan berlegar-legar di kawasan wad sebelum meminta izin untuk ke tandas.
"Kira-kira pukul 7.30 pagi, pengawal keselamatan memaklumkan ada pesakit yang terjatuh bersama anaknya.
Ambulans bergegas ke tempat kejadian, tetapi mangsa dan anaknya telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan teruk pada kepala, badan dan kaki akibat hentakan pada ketinggian 60 meter," katanya.
Tambah Nasri, polis sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengetahui punca sebenar mangsa bertindak terjun bersama anaknya.

*Individu yang berhadapan kemurungan dan memerlukan seseorang untuk mendengar dan berkongsi masalah boleh menghubungi Befrienders di Kuala Lumpur dan Selangor pada talian 03-79568145 atau e-mel [email protected]
Topic Berkaitan
#bunuh diri
#keselamatan
#Ketua Polis Daerah Lahad Datu
#Lahad Datu
#maut
#meninggal dunia
#polis
#siasatan
#terjatuh bangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan