SHAH ALAM: Seorang remaja yang tular rakaman video berdiri di atas tembok tingkat lima sebuah pasar raya di Seksyen 7, di sini, pada Rabu menjelaskan tidak berniat membunuh diri, sebaliknya bertindak sedemikian untuk 'menenangkan fikiran'.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, perkara itu dimaklumkan remaja itu ketika keterangannya direkodkan.
Menurutnya, siasatan juga mendapati remaja berusia 19 tahun itu juga dipercayai mengalami masalah tekanan dan anxiety.
"Maklumat dari bapa mangsa menyatakan bahawa mangsa sedang mendapatkan rawatan berkaitan tekanan dan anxiety yang dihidapi di Hospital Shah Alam," katanya menerusi kenyataan, di sini, pada Khamis.
Sehubungan itu, Mohd Iqbal memberitahu, pihaknya sudah merujuk mangsa ke Hospital Shah Alam untuk tindakan susulan.
Kata beliau, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam memaklumkan seorang perempuan dilihat berdiri di atas tembok paling atas di pasar raya terbabit.
"Siasatan juga mendapati, seorang lelaki yang juga rakan mangsa mendakwa ada melihat status WhatsApp daripada mangsa yang menunjukkan gambar berada di lokasi terbabit sebelum dia bergegas ke lokasi dan memujuk gadis untuk turun," katanya.
Semalam media melaporkan, operasi menyelamatkan dan memujuk mangsa turut dilakukan dengan kerjasama pengawal keselamatan dan juga bomba.
Turut tular di media sosial video berdurasi 30 saat memaparkan gadis berkenaan berada di tingkat lima pasar raya terbabit.
Mereka yang memerlukan sokongan boleh menghubungi befrienders.org.my/centre-in-malaysia atau hubungi talian hotline Befrienders (03-7627 2929); Perkhidmatan Kesihatan Mental dan Sokongan Psikososial (03-2935 9935 atau 014-322 3392); Talian Kasih (15999) dan Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (03-77825499)
Astro Awani
Thu May 12 2022

Remaja berusia 19 tahun yang dipercayai mengalami masalah tekanan sedang dipujuk anggota JBPM. -Gambar JBPM

Banjir Baling: Warga emas berpaut pada pokok elak dibawa arus deras
Sebaik melihat air naik dengan cepat memasuki rumah mereka, dia dan suami memanjat sebatang pokok rambutan berhampiran.

51 NGO desak kerajaan China hentikan penindasan terhadap etnik Uyghur
Setakat ini, dianggarkan 12 juta etnik Uyghur yang kebanyakannya Muslim tinggal di Wilayah Xinjiang.

PJD Link dapat kelulusan prinsip Jemaah Menteri, kelulusan dasar kerajaan Selangor - KKR
Cadangan projek berkenaan juga mendapat kelulusan dasar kerajaan Selangor pada 3 Sept 2020.

Banjir | Mayat wanita hamil dan ibu mentua ditemukan berpelukan
Mayat wanita hamil yang disahkan hilang susulan kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, semalam, ditemukan dalam keadaan berpelukan dengan ibu mentuanya yang menghidap penyakit strok. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Sayani Saadon memaklumkan mayat Nurul Anis Abu Hassan, 23 tahun dan Salmah Mat Akib, 53 tahun, ditemukan kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

APR-35 | Masyarakat antarabangsa perlu amal semangat ‘Keluarga Dunia’
Komuniti antarabangsa perlu melipatgandakan persediaan berdepan dengan ketidaktentuan serta bekerjasama ke arah masa hadapan yang lebih aman, progresif, inklusif dan makmur, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata ekonomi dan politik dunia kini berdepan dengan situasi pascapandemik yang kompleks, selain terdapatnya persaingan yang semakin sengit antara kuasa-kuasa besar dunia.

Jenayah | Suspek bunuh isteri, bayi direman 7 hari
Lelaki yang melarikan diri dalam keadaan bogel selepas membunuh dengan mengelar leher isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru, semalam, direman tujuh hari bermula hari ini. Perintah reman itu dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru, Nur Izzaty Muhammad Zahari, selepas permohonan dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Lubnan rancang hantar pulang 15,000 pelarian sebulan ke Syria
Keengganan pelarian Syria pulang ke negara mereka selepas perang berakhir tidak boleh diterima.

Bersedia hadapi kesesakan lebuh raya di LPT2 untuk Aidiladha
Lebih 55,000 kenderaan dijangka menggunakan laluan LPT2 pada setiap hari puncak dalam tempoh berkenaan berbanding 18,000 kenderaan pada hari-hari biasa.

Banjir Baling: Mayat wanita hamil, ibu mertua ditemukan berpelukan
Mayat Nurul Anis Abu Hassan dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, ditemui kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

AWANI Ringkas: Mayat mangsa banjir di Kedah ditemukan

Polis buru pemandu Myvi berlagak samseng
Polis sedang mengesan seorang lelaki memandu kereta jenis Perodua Myvi secara berbahaya dan berlagak samseng.

Video berbalas tembakan tidak berlaku di Bukit Tinggi - Polis
Polis Klang Selatan menafikan video yang tular di media sosial yang memaparkan kejadian tembak-menembak dikatakan berlaku di kawasan Bukit Tinggi, Klang, dekat sini.

Video tular gaduh: Polis cari penunggang motosikal
Usaha menjejaki individu berkenaan bagi membantu siasatan lanjut berhubung kejadian berkenaan.

Polis tahan lelaki seksa kucing
Perbuatan khianat suspek itu dirakam kamera litar tertutup pada jam 1.09 pagi Sabtu

Polis tahan empat lelaki asing kes video tular sokong hina Nabi Muhammad
PDRM turut merampas peranti dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran yang ditularkan itu.

Polis siasat video tular warga asing sokong hina Nabi Muhammad
Rakaman tersebut memaparkan sekumpulan lelaki dipercayai warga asing berkumpul di hadapan kuil Batu Caves.

Shuib akui tidak mampu berjumpa wanita mirip arwah Siti Sarah: 'Saya tidak mahu seksa diri'
Pelawak Shuib Sepahtu mengakui tidak bersedia untuk bertemu dengan wanita yang dikatakan memiliki wajah mirip arwah isterinya Siti Sarah selepas pertemuan individu itu dengan keluarga mentuanya.

Polis Johor siasat pekerja bas ekspres kasari penumpang
Polis menyiasat dakwaan beberapa pekerja syarikat bas ekspres bertindak kasar dan tidak sopan terhadap seorang penumpang di Terminal Bas Larkin di sini, Jumaat lepas.

Perlu tindakan segera terhadap kepercayaan inkarnasi dalam Islam - Mufti Pulau Pinang
Tular video berhubung kandungan ceramah yang menyebut mengenai perpindahan roh kepada jasad manusia yang masih hidup.

Video individu diseksa renjatan elektrik berlaku di luar negara
Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan video tersebut kerana dikhuatiri ianya mampu mencetuskan kegusaran.