awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Reman suspek kes tembak KLIA disambung lima hari

Bernama
Bernama
22/04/2024
02:50 MYT
Reman suspek kes tembak KLIA disambung lima hari
Suspek yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan KLIA Terminal 1, dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini bagi permohonan sambungan reman. --fotoBERNAMA
KOTA BHARU: Tempoh reman suspek kes tembak di Balai Ketibaan, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada awal pagi 14 April, disambung lima hari.
Mahkamah Majistret Kota Bharu mengeluarkan perintah sambung reman terhadap suspek berusia 38 tahun itu bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 8, Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960.
Perintah sambung reman yang berkuat kuasa esok hingga 27 April itu, dikeluarkan Majistret Ahmad Syafiq Aizat Nazri.
Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna oren tiba di pekarangan mahkamah pada 8.35 pagi, dengan kawalan ketat sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi Ahad, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya.
Kejadian berlaku ketika wanita itu sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di balai ketibaan.
Polis setakat ini mengklasifikasikan motif kes berkaitan perihal peribadi dan suspek telah direman tujuh hari bermula 16 April dan tamat hari ini, selepas ditahan di hadapan sebuah hospital swasta di Kota Bharu, Kelantan pada 15 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#reman
#suspek kes tembak klia
#Mahkamah Majistret Kota Bharu
#pengawal peribadi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan