Tanda tanya mengenai kewujudan batu nisan dengan replika kubur yang diletakkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Abdul Samad di Bukit Kuda, Klang terjawab apabila hasil siasatan Kementerian Pendidikan (KPM) mendapati ianya bertujuan untuk latihan amali sahaja.
KPM dalam satu kenyataan hari ini menyatakan bahawa pembinaan replika kubur oleh Panitia Pendidikan Islam sekolah berkenaan adalah berdasarkan kurikulum Pendidikan Islam Tingkatan Tiga mengenai 'Pengurusan Jenazah' bagi pelajar beragama Islam.
"Bagi mengelakkan kekeliruan dan menjaga sensitiviti pelajar bukan Islam, KPM telah mengarahkan pihak pengurusan sekolah berkenaan untuk memindahkan replika tersebut ke suatu sudut di kawasan surau sekolah bagi tujuan pembelajaran dan latihan amali," menurut KPM.
KPM juga menyatakan bahawa replika tersebut bukan merupakan perkara wajib untuk diadakan namun ia merupakan inisiatif sekolah berkenaan bagi memberi kefahaman lebih jelas kepada pelajar mengenai tajuk pengajaran.
KPM berkata demikian merujuk kepada laporan media tempatan baru-baru ini bertajuk 'Kenapa Ada Batu Nisan di Sekolah, soal Waytha'. -- Bernama
Bernama
Wed Jan 11 2017

Pembinaan replika kubur oleh Panitia Pendidikan Islam sekolah berkenaan adalah berdasarkan kurikulum Pendidikan Islam Tingkatan Tiga mengenai 'Pengurusan Jenazah' bagi pelajar beragama Islam.

Speedy Tigers tekad tuai emas sulung di Sukan Asia, tiket ke Olimpik
Pasukan lelaki Malaysia telah bermain dalam kesemua 16 edisi sejak hoki membuat penampilan sulung di Sukan Asia pada 1958 di Tokyo, namun pingat emas yang diidam sentiasa terlepas daripada genggaman.

Kerajaan tidak tinggalkan agenda reformasi - PM Anwar
Beliau berkata demikian menjawab soalan Christiane Amanpour dari CNN mengenai kritikan oleh ahli partinya sendiri, Hassan Abdul Karim.

Teater muzikal Lantai T. Pinkie dipentaskan semula Oktober ini
Karya itu yang pernah mencetuskan fenomena di negara ini, akan dipentaskan secara muzikal untuk kali keenam.

Kontinjen Malaysia diberi sambutan tradisional di Hangzhou
Sukan Asia ke-19 bakal menjadi tuan rumah kepada kira-kira 12,000 atlet dari 45 negara yang akan menyertai 481 acara daripada 40 sukan.

Sukan Asia: Shah Firdaus gagal pujuk Azizulhasni
Shah Firdaus berkata beliau telah cuba sedaya upaya meniup semangat kepada Azizulhasni namun usahanya menemui jalan buntu.

Beras import pada harga Rahmah di Jualan Rahmah seluruh negara
Bermula Jumaat, pengguna boleh mendapatkan beras import 5 kg pada harga tidak melebihi RM15 dan kampit 10kg pada harga di bawah RM30.

Kerajaan perlu laksana pembaharuan cukai lebih berani untuk capai sasaran defisit
Katanya, ruang fiskal yang terhad jadi penghalang utama untuk capai sasaran defisit antara 3.0 peratus dan 3.5 peratus menjelang akhir 2025.

KPT sentiasa sokong potensi mahasiswa ceburi bidang diminati - Ketua Setiausaha
Sektor pendidikan tinggi negara turut memberi penekanan yang sangat besar kepada usaha menggilap potensi dan bakat mahasiswa dalam sukan.

UNGA ke-78: Malaysia suarakan kebimbangan trend Islamofobia, xenofobia - PM Anwar
Tidak bertindak terhadap provokasi yang dilakukan secara terang-terangan terhadap agama adalah tindakan yang tidak bertanggungjawab.
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina
China nafi dakwaan kerosakan terumbu karang yang dilontar oleh Filipina dan menggesa Filipina tidak menggunakan informasi palsu untuk membenarkan dakwaan tersebut.

KPM lancar garis panduan tangani kes buli, gangguan seksual
Kementerian Pendidikan Malaysia telah melancarkan dua garis panduan penting dalam pengurusan isu salah laku khususnya berkaitan buli dan gangguan seksual.

KPM buka permohonan pelantikan pengawas peperiksaan SPM 2023 kepada orang awam
Permohonan dibuka dari 12 Sept hingga 31 Okt ini dan orang ramai boleh mengemukakan borang permohonan kepada Pengarah Pendidikan Negeri, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Tiada permohonan murid antarabangsa ke SMPC ditolak bagi tempoh Jun-Ogos
Bahagian Pendidikan Swasta telah menerima sebanyak 25 permohonan kemasukan murid antarabangsa dalam tempoh sama.

KPM beri komitmen sedia fasiliti bangunan, kemudahan terbaik untuk sekolah di Sabah
Ia bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dalam keadaan selesa.

KPT saran garis panduan aktiviti hiburan libatkan wakil pelajar
Bagaimanapun, pengurusan IPT perlu memastikan majlis perwakilan pelajar dan kesatuan mahasiswa dilibatkan dalam proses perangkaan garis panduan agar ianya mengambil kira suara dan keperluan mahasiswa

Kurikulum Kita: Mansuhkan pemisahan murid mengikut aliran di sekolah - Pakar pendidikan
Murid seharusnya diberikan ruang untuk belajar apa yang mereka suka dan mengikut kecenderungan mereka.

Mitra harap lebih ramai mahasiswa India B40 rebut peluang dapatkan bantuan subsidi
Setakat 31 Ogos lalu, Mitra hanya memperolehi 8,583 permohonan dan angka itu belum lagi melibatkan permohonan yang tidak berjaya kerana tidak memenuhi syarat.

'Usah jadi hero dalam isu hadis 40' - Ahmad Fadhli
Pelaksanaan inisiatif itu dibenarkan di bawah Seksyen 50 (1) Akta Pendidikan 1996.

Jangan timbulkan polemik ganggu-gugat pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi - Mohd Na'im
Kementerian Pendidikan jelas menyatakan program itu disasarkan kepada guru dan murid beragama Islam sahaja.

KPM nilai semula subtopik yang tidak selari dengan keperluan murid
KPM memaklumkan tindakan tersebut, dijalankan merujuk kepada aras yang ditetapkan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP).