KUALA BERANG: Banjir luar biasa yang melanda Hulu Terengganu bukan sahaja memusnahkan kediaman penduduk, malah turut menenggelamkan Repositori Kelulut Indo-Malaya Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terletak di Taman Pertanian Negeri Sekayu.
Repositori itu ialah pusat pengumpulan dan penyimpanan 24 spesies kelulut Indo-Malaya yang terbesar di dunia, dikumpul Kumpulan Penyelidik Lebah dan Kelulut UMT (SIG) dari segenap pelusuk negeri sejak berpuluh tahun lalu.
Ketua SIG, Prof Dr Shamsul Bahri Abd Razak berkata repositori tersebut menempatkan pelbagai spesies kelulut yang menarik dan jarang ditemui seperti Tetragonula repeeni, Tetragonula minangkabau, Tetragonula melina, Lophotrigona canifrons dan Patriotrogona pandelburyi.
Justeru ia menjadi tumpuan pengkaji dan penyelidik dari dalam dan luar negara yang berminat untuk membuat penelitian serta pengumpulan data berkaitan spesies serangga berkenaan.
"Ia juga satu kerugian kepada sektor ekopelancongan negeri kerana repositori yang dibangunkan bersama Jabatan Pertanian Negeri Terengganu ini ialah satu-satunya tempat yang memiliki koleksi terbesar spesies kelulut Indo-Malaya di dunia," katanya.
"Kami anggarkan kerugian fizikal dari segi peralatan dan sebagainya adalah sekitar RM150,000. Tetapi perkara yang lebih menyedihkan ialah bahan-bahan penyelidikan di sini yang mengambil masa begitu lama untuk dikumpul akhirnya musnah sekelip mata," katanya di sini.
Menurut Shamsul Bahri, sebahagian besar daripada koleksi spesies kelulut yang ditempatkan di repositori tersebut diperoleh melalui sumbangan daripada peminat serta pengumpul spesies kelulut dari serata negeri.
Selain itu pasukan SIG sendiri turut melakukan siri kembara ke serata tempat bagi memburu spesies kelulut yang jarang ditemui untuk dijadikan rujukan bagi kerja-kerja penyelidikan dan sumber bank genetik khazanah warisan alam semula jadi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 05 2022
Pengurus Taman Pertanian Negeri Sekayu (TPNS) Mohd Amran Awang melihat keadaan kawasan Pusat Repisotori Kelulut Indo-Malaya yang terjejas berikutan banjir besar. - Foto BERNAMA
PM Singapura Wong bercakap dengan PM Anwar, pemimpin lain pada hari pertama bertugas
Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong hari ini bercakap dengan pemimpin di rantau ini melalui telefon pada hari pertama beliau memegang jawatan, termasuk dengan Anwar.
PM ucap Hari Guru, rakam jutaan penghargaan buat warga pendidik
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan Selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik yang gigih membina bangsa.
AWANI Tonight: NHMS 2023: Number of people with depression doubles in 4 years
The number of people with depression had doubled from 2019 to 2023 with one million people aged 15 and above suffering from depression in Malaysia.
AWANI Tonight: Supporting educators’ growth in the age of AI
On Teachers’ Day, Assoc Prof Dr Adelina Asmawi from Universiti Malaya shares the main challenges lecturers face in the higher education sector, and where improvements can be made for better support.
AWANI Tonight: Israel intensifies Jabalia and Rafah operations in Gaza
The Jabalia refugee camp in northern Gaza is now the main battle zone, where tens of thousands of civilians have fled. At the same time, Israel continues to pound the southern city of Rafah.
10 Berita Pilihan - (16 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI 7:45 [16/05/2024] - Tiada perubahan ketara tempoh 10 tahun | Penyusutan harga komoditi global | Barangan, orang ramai
Purata gaji rakyat Malaysia naik RM56 setahun, lapor KRI.
Inflasi Malaysia tahun lalu meningkat 2.5 peratus.
Tablet percuma kepada semua guru dan murid seluruh negara.
Kesihatan Faisal Halim semakin baik, habis makan ayam penyet.
Inflasi Malaysia tahun lalu meningkat 2.5 peratus.
Tablet percuma kepada semua guru dan murid seluruh negara.
Kesihatan Faisal Halim semakin baik, habis makan ayam penyet.
AWANI Tonight: 16 May 2024
#AWANITonight with @sarayamia
1. Govt to wage 'war' against excessive sugar consumption
2. Teacher's Day: Supporting educators in the age of AI
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Govt to wage 'war' against excessive sugar consumption
2. Teacher's Day: Supporting educators in the age of AI
#AWANIEnglish #AWANINews
MTRK gesa kerajaan Kelantan cari penyelesaian tangani segera isu air
Telaga tiub bukanlah jalan penyelesaian kerana air yang di dalam tanah kebanyakan keruh selain kos yang agak tinggi.
Liga-M: Stadium Sultan Muhammad IV penuhi syarat MFL jadi gelanggang 'keramat'
Antara kemudahan yang dibaik pulih adalah lampu limpah lama telah ditukar baru dan memasang kerusi sebanyak 6,728 unit untuk penonton.
Repositori Kelulut Indo-Malaya UMT, terbesar di dunia musnah akibat banjir
Repositori itu ialah pusat pengumpulan dan penyimpanan 24 spesies kelulut Indo-Malaya yang terbesar di dunia.