KUALA LUMPUR : Sejumlah 10 peratus kadar migrasi transaksi RFID dicatatkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) selepas ia dilaksanakan pada 15 Januari 2022 di seluruh Lebuhraya Utara-Selatan pada hujung minggu lalu.
Jesteru itu, PLUS menerima pelbagai maklum balas dan pandangan berhubung kesesakan yang timbul di plaza tol, dan telah mengambil beberapa pendekatan dan penambahbaikan untuk menyelesaikan isu berkenaan.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, PLUS memaklumkan ia termasuk menggandakan pasukan untuk membantu pelanggan di plaza tol, serta meningkatkan keterlihatan papan tanda arah untuk meningkatkan pengenalan lorong RFID.
Jelasnya, bagi pelanggan lebuh raya yang mengalami masalah pengesanan di lorong RFID, kakitangan tol akan menggunakan peranti mudah alih untuk mengimbas tag RFID.
Namun sekiranya tag masih tidak dapat dikesan, kupon untuk diagnostik pengesanan penuh di pusat fitmen Touch ‘n Go yang terdekat akan disediakan.
Jika tag RFID masih mempunyai isu pengesanan selepas ujian, Touch ‘n Go akan menggantikan tag RFID secara percuma.
PLUS berharap dengan peningkatan penghijrahan pembayaran tol menerusi RFID, ia akan membawa pengalaman perjalanan yang lebih lancar sejajar dengan gaya hidup digital pembayaran tanpa sentuh hari ini dan e-Dompet.
Jelasnya, pelanggan lebuh raya dialu-alukan untuk memberikan maklum balas melalui talian PLUSLine
1800-88-0000 dan chatbot PLUS, P.U.T.R.I melalui Aplikasi PLUS.
Hafizi Rosli
Tue Jan 18 2022

PLUS menerima pelbagai maklum balas dan pandangan berhubung kesesakan yang timbul di plaza tol, dan telah mengambil beberapa pendekatan dan penambahbaikan untuk menyelesaikan isu berkenaan - Foto/PLUS

Kerjasama Politik | Ketepikan perbezaan, bentuk semula negara – Muhyiddin
Parti-parti politik di negara ini diharap dapat mengenepikan perbezaan dan menjalinkan kerjasama demi membentuk semula negara di masa depan. Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, situasi negara ketika ini tidak begitu baik dan ia perlu ditangani dalam konteks yang besar, antaranya adalah melalui kestabilan politik.

Lee Zii Jia ke final Terbuka Thailand
Pemain perseorangan lelaki Malaysia Lee Zii Jia mengesahkan slot ke final Kejohanan Badminton Terbuka Thailand selepas menundukkan rakan senegara Liew Daren.

Vaksin COVID-19 | MAIS tetap tamatkan kontrak guru KAFA tolak vaksin
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) tetap dengan pendirian mereka berhubung penamatan kontrak guru Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) akibat menolak vaksin COVID-19.

Suara Rakyat | Pemansuhan AP manfaatkan peniaga kecil, masyarakat
Langkah kerajaan memansuhkan permit import (AP) terhadap bahan makanan dapat memberi manfaat terus kepada peniaga kecil dan pengguna. Antara manfaat yang boleh diharapkan mereka ialah harga barangan yang lebih stabil di samping pengguna mempunyai lebih banyak pilihan.

Pemansuhan AP | Pastikan pengusaha tempatan tidak terjejas – MPN
Kerajaan perlu memastikan pengusaha sektor makanan dan pertanian tempatan tidak terjejas dengan pemansuhan keperluan permit import (AP). Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan perlu berhati-hati dengan perubahan dasar yang diputuskan supaya tidak memberi kesan negatif kepada golongan tersebut.

10 Berita Pilihan - (21 Mei 2022)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Status bekalan ayam di Selangor dimaklumkan Isnin ini
Kerajaan negeri Selangor akan memaklumkan perkembangan terkini berhubung isu bekalan ayam yang didakwa tidak mencukupi sejak kebelakangan ini, pada Isnin (23 Mei).

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 21 Mei 2022.

PM Ismail Sabri hadir rumah terbuka Tentera Darat
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Tentera Darat Malaysia di Kem Perdana Sungai Besi, malam ini.

Anugerah Solidariti | Dua wartawan Astro AWANI antara pemenang
Anugerah Solidariti Media kembali tahun ini bersempena dengan sambutan Hari Kebebasan Media Sedunia 2022. Acara tahunan itu menyaksikan dua wartawan Astro AWANI turut dipilih sebagai pemenang.

Cita-cita pelajar USAS rentung dalam kemalangan ikut jejak ibu tidak kesampaian
Muhammad Nabil Haikal adalah pelajar semester dua Diploma Pentadbiran Perniagaan di Universiti Sultan Azlan Shah.

Kerajaan negeri tanggung urusan lima pelajar USAS rentung dalam nahas
Kerajaan negeri Perak akan menanggung segala urusan menguruskan jenazah lima penuntut Universiti Sultan Azlan Shah yang rentung dalam nahas pagi tadi.

Lorong kiri Lebuhraya Utara Selatan arah utara masih ditutup - PLUS
PLUS berkata, bagi lorong kanan arah utara telah pun dibuka dan laluan kontra masih diaktifkan, manakala trafik pula sesak 11 kilometer arah utara dan arah selatan trafik perlahan.

Kredit ePemula dalam Touch 'n Go tidak boleh diguna bayar tol - PLUS
PLUS menggesa semua pengguna RFID menambah nilai TNG eWallet untuk mengekalkan baki yang mencukupi.

Aliran trafik tinggi menghala ibu kota
Aliran trafik di lebuh raya utama menghala ke ibu kota dilaporkan tinggi setakat 9 malam ini, namun tiada kesesakan luar biasa berlaku.

Kesesakan trafik: Perubahan tarikh hari raya antara faktor - LLM
Perubahan tarikh Aidilfitri dipercayai antara faktor mengapa aliran trafik luar biasa di kebanyakan lebuh raya.

Dua kemalangan jalan raya sebabkan kesesakan di Lebuhraya PLUS
Aliran trafik di lebuh raya utama yang lain termasuk di sekitar Lembah Klang dilaporkan bergerak lancar dan terkawal.

Sambutan Aidilfitri: Aliran trafik mulai tinggi di lebuh raya utama
Aliran trafik di hampir semua lebuh raya utama mulai tinggi susulan orang ramai meraikan sambutan Aidilfitri dan pulang ke ibu kota.

Aidilfitri: Aliran trafik di lebuh raya menghala utara, selatan perlahan malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya serta jalan utama menuju ke utara dan selatan, bergerak perlahan malam ini berikutan masih ramai yang mengambil kesempatan pulang ke kampung sempena Aidilfitri.

Aidilfitri: Aliran trafik di beberapa lebuh raya perlahan
Aliran trafik di beberapa lebuh raya dan jalan utama menuju ke utara, selatan dan Pantai Timur bergerak perlahan berikutan orang ramai pulang ke kampung untuk menyambut Aidilfitri.