JAMBATAN Bailey akan dibina di Felda Selancar, Rompin selepas laluan utama ke kawasan tanah rancangan terbabit runtuh awal pagi tadi akibat banjir.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, beliau telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk menyediakan peruntukan bagi membina jambatan berkenaan.
Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) akan dikerah ke lokasi kejadian dan segera membina jambatan Bailey yang dijangka siap dalam tempoh 48 hingga 72 jam.
"Saya telah menghubungi Panglima Tentera Darat untuk memobilisasi Kor RAJD, dan yang paling penting ialah jambatan ini akan dipasang sebaik sahaja ia sampai.
"Pemasangan akan mengambil masa antara 48 jam hingga 72 jam. Namun, ini sekurang-kurangnya akan dapat membantu penduduk di sini untuk terus melakukan urusan perjalanan," katanya dalam rakaman video pada Rabu.
Sebelum itu, Ahmad Zahid bersama Ketua Pengarah Nadma, Datuk Khairul Shahril Idrus dan Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam (APM), Aminurrahim Mohamed meninjau keadaan jalan yang terputus di Rompin.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata ribuan penduduk terjejas akibat terputus hubungan, selain terdapat kira-kira 110 pelajar yang sedang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Keadaan itu, jelas beliau menyebabkan pelajar-pelajar berkenaan tidak dapat menduduki peperiksaan kerana kertas peperiksaan tidak sampai ke lokasi.
"Terdapat seorang pesakit dialisis yang sedang diusahakan untuk mendapatkan rawatan selanjutnya, dan terdapat seorang ibu yang bersalin tetapi pihak ambulans telah membawa ibu itu untuk pergi ke klinik besar yang berdekatan.
"Namun yang paling penting di sini ialah tindakan cepat yang dilakukan oleh pihak Nadma, Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM)," ujarnya.
Beliau dalam masa yang sama mengingatkan agar penduduk di kawasan yang terdedah banjir agar mengambil langkah berjaga-jaga dan mematuhi arahan daripada pihak berkuasa.
Terdahulu,Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Azahari Mukhtar berkata, jalan utama Felda Selancar ditutup kedua-dua arah ekoran jalan tersebut telah runtuh akibat limpahan air deras berikutan hujan lebat.
Hasimi Muhamad
Wed Mar 01 2023
Ahmad Zahid berkata beliau telah mengarahkan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk menyediakan peruntukan bagi membina jambatan berkenaan. - Foto/Facebook Zahid Hamidi
Gempa kuat bermagnitud 6.3 landa Jepun - MetMalaysia
Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.3 dikesan di Shikoku, Jepun pada 10.14 malam tadi.
Thailand, New Zealand tingkat hubungan dua hala
Thailand dan New Zealand bersetuju meningkatkan hubungan dua hala mereka kepada perkongsian strategik menjelang 2026.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Ia sekaligus menandakan langkah penting ke hadapan dalam kerjasama kedua-dua negara yang telah lama terjalin.
Penumpang HSR Jakarta-Bandung cecah 2.56 juta orang
Pada masa ini, perjalanan kereta api harian kereta api itu telah meningkat daripada 14 kepada 52 dan bilangan tempat duduk penumpang melonjak daripada 8,400 kepada lebih 31,000.
Antara pembangunan, pilihan manusia & kesihatan planet
Antara pembangunan, pilihan manusia, dan kesihatan planet.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
dilema yang menjadi cabaran utama buat mana-mana negara untuk keluar dari kepompong kemunduran.
Hari kedua Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) dan mesyuarat tahunan ke-6 antaranya mengangkat topik berkaitan kecerdasan buatan (AI) yang masih menjadi perdebatan kalangan pakar.
KKR beri jaminan projek Kolam Selam Tempur siap Jun ini - Nanta
Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memastikan projek pembinaan Kolam Selam Tempur di Kem Iskandar, Mersing, Johor yang mengalami kelewatan, siap sepenuhnya pada Jun ini.
Pemilihan MIC bermula 27 April ini
MIC akan mengadakan pemilihan parti bagi penggal 2024-2027 dari 4 Mei hingga 6 Julai dengan hari pencalonan ditetapkan mulai 27 April ini.
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
Tumpuan Khamis - 18 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MCMC rakam percakapan Che'gubard, Salim lebih tiga jam
Salim dan Che’gubard yang ditemui di bangunan tersebut memberitahu mereka disiasat atas pertanyaan berkaitan kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam media sosial baru-baru ini.
Sabah kehilangan pemimpin berpengalaman, luar biasa - Hajiji
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan pemergian Tan Sri Joseph Kurup adalah satu kehilangan pemimpin berpengalaman dan luar biasa bagi negeri Sabah.
Semua mangsa banjir di Rompin dibenarkan pulang
Semua mangsa banjir melibatkan 319 orang daripada 90 keluarga di dua pusat pemindahan banjir di daerah Rompin dibenarkan pulang hari ini.