Skip to main content

Malaysia

Ribut petir diramal landa beberapa negeri hingga 12 tengah hari

RIBUT PETIR
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa negeri hingga 12 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia). - Gambar hiasan/ Bernama

KUALA LUMPUR: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda beberapa negeri hingga 12 tengah hari ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam amaran cuaca yang dikeluarkan pada 9 pagi tadi, MetMalaysia memaklumkan antara negeri terlibat ialah Perak iaitu di kawasan Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.

Advertisement

Di pantai timur pula kawasan terjejas meliputi Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman di Terengganu; Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin di Pahang; serta Gua Musang di Kelantan.

Cuaca sama turut dijangka berlaku di Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang dan Kuala Langat di Selangor; Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin di Negeri Sembilan, dan seluruh negeri Melaka.

Di Johor, kawasan diramal terjejas ialah Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Mersing dan Pontian.

-- BERNAMA

Must Watch Video