KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) meramalkan ribut petir dan hujan terutamanya pada sebelah petang, akan berlaku di beberapa negeri menjelang perayaan Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan.
Timbalan Ketua Pengarah Operasi MetMalaysia Lim Ze Hui berkata ribut petir dan hujan pada sebelah petang itu dijangka berlaku di beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Sabah dan Sarawak.
"Pada sebelah pagi, hujan dijangka berlaku di kawasan pesisir pantai bagi negeri Terengganu dan Kelantan, manakala negeri-negeri lain cuaca baik. Sebelah malam pula di Semenanjung hujan dijangka berlaku di Perak dan Selangor.
"Lebih kurang begitulah corak keadaaan cuaca pada minggu hadapan. Ribut petir yang kuat juga berpotensi untuk berlaku hujan batu, seperti yang berlaku di Shah Alam dan Kuala Lumpur baru-baru ini," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.
Bagi Sabah dan Sarawak pula, beliau berkata hujan dijangka berlaku pada sebelah malam, terutamanya di kawasan pedalaman dan pantai barat Sabah serta bahagian tengah dan utara Sarawak.
Sehubungan itu, Lim menasihatkan orang ramai terutamanya mereka yang mendiami kawasan rendah dan senang dinaiki air supaya sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada, berikutan cuaca yang tidak menentu kebelakangan ini.
"Mereka yang mendiami di kawasan struktur yang tidak kukuh, dinasihatkan untuk berhati-hati kerana ribut petir dan angin kencang boleh merosakkan struktur-struktur yang tidak kukuh, dan ini sangat membahayakan keselamatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 28 2022

MetMalaysia meramalkan ribut petir dan hujan terutamanya pada sebelah petang, akan berlaku di beberapa negeri menjelang perayaan Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan. - Gambar fail/BERNAMA

Kes COVID-19 tidak naik mendadak selepas Aidilfitri, tahniah rakyat Malaysia! - Khairy
Khairy Jamaluddin percaya rakyat Malaysia ada kemampuan untuk menjayakan fasa peralihan ke endemik.

DUN Sarawak: Pengeluaran stok karbon dijangka jana pendapatan negeri RM315 juta setahun
Sarawak dijangka memperoleh sumber pendapatan baharu dianggarkan RM315 juta setahun, melalui pengeluaran stok karbon.

Rebat tunai sehingga 35 peratus galak penerbit luar jalani penggambaran di Malaysia - Finas
Tawaran rebat tunai 30 peratus melalui Insentif Penerbitan Filem di Malaysia (FIMI) itu adalah yang tertinggi berbanding negara lain.

Kuota Import | AP untuk beras masih kekal
Hanya empat jenis komoditi agromakanan tertentu tidak lagi dikenakan permit import (AP) atau kelulusan kuota import dan kebenaran mengimport.
![[TERKINI] Perjanjian Air Sungai Johor 1962 dibincangkan [TERKINI] Perjanjian Air Sungai Johor 1962 dibincangkan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967664/thumbnails/7372780881652944520195_640x360.jpg)
[TERKINI] Perjanjian Air Sungai Johor 1962 dibincangkan
Isu berkaitan Perjanjian Air Sungai Johor 1962 menjadi antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Luar Singapura Dr Vivian Balakrishnan semalam. Perdana Menteri dalam kenyataan terbaharu di laman Facebook hari ini, memaklumkan beliau menerima kunjungan Dr Vivian di pejabatnya di Putrajaya.

DBKL ambil tindakan segera masalah Residensi SkyAwani 2 - Datuk Bandar
Datuk Bandar KL Datuk Seri Mahadi Che Ngah beri jaminan DBKL akan cari jalan penyelesaian segera untuk permasalahan Residensi SkyAwani 2.

Perak kenakan caj penggunaan plastik 20 sen tahun ini
Negeri Perak juga akan bekerja kuat untuk mengurangkan pencemaran plastik di negeri itu.

Kes HFMD Perak | Taska, tadika ditutup jika kes terus meningkat
Perak akan menutup taska, tadika dan pusat jagaan jika kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) menunjukkan peningkatan angka yang membimbangkan. Bagaimanapun, setakat ini, jelas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri, Mohd Akmal Kamarudin semua taska, tadika dan pusat jagaan masih lagi beroperasi di sebalik peningkatan kes penyakit berkenaan.

Sukan SEA Hanoi: Johnathan rampas kembali emas acara 10 meter air pistol
Johnathan berjaya mengatasi tekanan sorakan gemuruh tuan rumah, apabila kekal dalam 'dunianya' sendiri untuk mengumpul 238.6 mata keseluruhan.
![[TERKINI] Import beras masih memerlukan AP [TERKINI] Import beras masih memerlukan AP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1967656/thumbnails/7372780851652942202209_640x360.jpg)
[TERKINI] Import beras masih memerlukan AP
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menjelaskan, permit kelulusan (AP) masih diperlukan untuk pengimportan beras. Kementerian Pertanian dan Industri Makanan turut memaklumkan, AP untuk kubis bulat, kelapa tua biji, ayam (keratan ayam dan ayam bulat) serta susu cair dimansuhkan serta-merta.

Kenaikan suhu, jerebu dijangka pada Julai-September
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan berlaku kenaikan suhu berserta fenomena jerebu di negara ini pada Julai hingga September depan.

Taburan hujan rendah mulai 14 Mei, risiko jerebu meningkat
Taburan hujan yang rendah mulai 14 Mei ini hingga pertengahan September selaras dengan permulaan Monsun Barat Daya, kata MetMalaysia.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud
Penilaian awal jabatan mendapati tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Gempa bumi kuat landa Kepulauan Filipina
Gempa itu berlaku pada kedudukan 181 kilometer di barat daya Bandar Tagum, Filipina dengan kedalaman 10 kilometer.

Amaran ribut petir, hujan lebat di beberapa kawasan
METMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir bagi beberapa kawasan di negeri sebelah utara, pantai timur termasuk Sabah dan Sarawak pada petang Isnin.

Aidilfitri: Tiada cuaca signifikan, ekstrem dijangka berlaku - MetMalaysia
Tiada cuaca yang signifikan dan ekstrem dijangka berlaku semasa sambutan Aidilfitri, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia keluarkan amaran kategori pertama ribut tropika Megi
Keadaan tersebut boleh menyebabkan angin kencang di kawasan perairan Sabah.

MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Megi yang bakal melanda
Ribut dengan pergerakan hampir pegun dengan kelajuan angin maksimum 65 km/j tersebut berada kira-kira 985 km ke Timur Laut Sandakan, Sabah.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Nicobar, India
Gempa bumi sederhana berukuran 5.5 pada skala Richter berlaku di Kepulauan Nicobar, India sekitar jam 1.29 petang tadi.

MetMalaysia uji siren amaran awal tsunami di Mersing, Johor esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan melaksanakan pengujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) di Menara Tanjung Mersing, Johor, pada 9.30 hingga 10.30 pagi esok.