Skip to main content

Malaysia

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa enam negeri sehingga jam 6 petang ini - MetMalaysia

71709463793_RibutTaufan.jpg
Amaran cuaca itu melibatkan Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. - Gambar hiasan
Advertisement

KUALA LUMPUR: Enam negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 6 petang ini susulan amaran cuaca yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Dalam kenyataan yang dikeluarkan pada jam 4 petang, MetMalaysia memaklumkan amaran cuaca itu melibatkan Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Menurut jabatan itu, di Kedah, kawasan yang dijangka terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.

Di Selangor, amaran cuaca melibatkan daerah Gombak dan Hulu Langat, manakala di Negeri Sembilan, kawasan yang berada di bawah amaran ialah daerah Jelebu.

Bagi Johor pula, kawasan yang dijangka mengalami cuaca buruk termasuk Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Sementara itu, di Sarawak, amaran ribut petir dikeluarkan bagi kawasan Kuching.

MetMalaysia menjelaskan bahawa amaran ribut petir merupakan amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya penduduk di kawasan terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada terhadap kemungkinan berlakunya cuaca buruk dan mengikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi MetMalaysia dari semasa ke semasa.
 

 

Must Watch Video

Advertisement