awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
PM Wong zahir penghargaan ke atas penyertaan TUDM di Pertujukan Udara Singapura 2026
Iran tidak akan runding program misil - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ribut Suria: Rakyat tidak perlu gusar, fenomena bergelap tidak akan berlaku

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
10/01/2024
03:36 MYT
Ribut Suria: Rakyat tidak perlu gusar, fenomena bergelap tidak akan berlaku
Dakwaan bahawa ribut solar akan melumpuhkan internet di dunia selama beberapa minggu juga adalah tidak benar. - Gambar Sinar Harian
KUALA LUMPUR : Orang ramai tidak perlu gusar dan bimbang berkenaan dakwaan fenomena bergelap akibat ribut solar atau solar storm.
Ini kerana menurut Pensyarah Jabatan Fizik Gunaan, Fakulti Sains dan Teknologi & Felo Kanan Bersekutu, Pusat Sains Angkasa, Institut Perubahan Iklim, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Nurul Shazana Abdul Hamid, dakwaan itu adalah tidak benar.
Menurut beliau, ribut suria merupakan fenomena yang biasa dan kerap berlaku.
Katanya, fenomena itu terjadi apabila bumi akan dilanda ‘solar storm’ yang kuat selain saintis meramalkan akan mencapai solar maksimum pada 2024 dengan suar (nyalaan api) yang cukup kuat.
“Kalau saya boleh katakan, ia tidak benar (fenomena bergelap). Kita umum tidak perlu risau mengenai dakwaan tersebut kerana fenomena bergelap ini berdasarkan rekod cuaca angkasa, pernah dilaporkan tapi lama dahulu.
“Aantara fenomena yang paling popular berdasarkan bidang cuaca angkasa adalah di Quebec, pada 1989. Memang di sana bergelap selama sembilan hari dan alami gangguan di sana.
“Perbezaannya berdasarkan bidang cuaca angkasa, ribut solar pada waktu itu adalah ekstrem berbanding sekarang,” jelasnya.
AWANI Pagi: Segalanya yang perlu diketahui tentang ribut suria
Katanya lagi, dakwaan bahawa ribut solar akan melumpuhkan internet di dunia selama beberapa minggu juga tidak benar.
Sekalipun akan berlaku gangguan komunikasi, ia dijangka hanya akan berlaku terhadap gangguan high radio frequency contohnya dalam sistem ketenteraan.
Namun, bagi penggunaan WiFi dan talian komunikasi biasa, ia tidak akan terjejas.
Beliau turut memaklumkan, antara bukti ribut solar sudah berlaku termasuk fenomena Aurora.
“Antara fenomena yang boleh nampak tetapi bukan di Malaysia, adalah fenomena Aurora.
“Kita biasa dengar fenomena adalah cahaya warna-warni yang sering kali dapat lihat sewaktu berlaku ribut suria di kawasan berhampiran kutub.
“Malah sebenarnya baru-baru ini, pada Disember dah mula hampir ke puncaknya. Misalnya di Hokaido, Jepun boleh nampak fenomena Aurora ini,” ujarnya.
Justeru itu beliau menasihatkan agar media memberikan maklumat sahih terhadap ribut solar ini dan tidak mencetuskan panik dalam kalangan rakyat umum.
Topic Berkaitan
#ribut suria
#fenomena bergelap
#saintis
#solar storm
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan