awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rina Harun mahu ubah persepsi luar bandar 'miskin'

Bernama
Bernama
19/05/2018
23:39 MYT
Rina Harun mahu ubah persepsi luar bandar 'miskin'
Rina (dua, kanan) beramah mesra bersama peniaga-peniaga Bazar Ramadan Kampung Baru di Jalan Raja Alang, Kuala Lumpur, pada Sabtu. - BERNAMA
Ahli Parlimen Titiwangsa, Rina Mohd Harun yang dinamakan Menteri Pembangunan Luar Bandar dalam Kabinet baharu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, mahu memberi tumpuan kepada meningkatkan ekonomi dan kesejahteraan penduduk luar bandar.
Beliau yang masih terkejut dengan pelantikan itu komited mahu mengubah persepsi orang ramai yang sering kali mengaitkan luar bandar dengan kemiskinan.
"Saya tidak mahu lagi apabila disebut sahaja luar bandar dikatakan miskin. Saya nak jadikan luar bandar terutamanya dari segi aktiviti ekonominya lebih rancak, lebih maju, begitu juga dengan kesejahteraan penduduk yang lebih baik," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Bazar Ramadan Kampung Baru 2018, dan beramah mesra bersama pengunjung, di sini pada Sabtu.
Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia itu berkata, beliau tidak dimaklumkan mengenai pengumuman pelantikannya itu dan hanya mengetahui selepas rakan-rakan mengucapkan tahniah melalui telefon.
"Saya pada awalnya tidak percaya malah meminta rakan-rakan jangan percaya kerana itu mungkin berita palsu yang tersebar, tetapi selepas membaca berita (pengumuman) itu, barulah saya yakin ia betul.
"Pelantikan ini merupakan kepercayaan daripada pucuk pimpinan tertinggi dan ia datang dengan amanah yang besar. Saya berharap diberi peluang dan sokongan oleh semua rakyat," katanya.
Pada Pilihan Raya Umum ke-14 lalu, beliau menumbangkan calon Barisan Nasional dan penyandang kerusi itu Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang juga bekas Menteri Kewangan Kedua, serta Mohamad Noor Mohamad daripada PAS. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Titiwangsa
#bazar ramadan kampung baru
#luar bandar
#Menteri Pembangunan Luar Bandar
#PRU14
#Rina Harun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan