awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Korea Selatan laporkan kes keempat demam babi Afrika ketika virus menular ke seluruh negara
Bursa Malaysia cecah paras tertinggi baharu, indeks komposit naik 1.55 peratus
Angka ekonomi negara memukau, namun jangan dilupakan yang terpinggir - PM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit tak merosot, lima mata wang terbaik di Asia - PM

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/07/2025
04:38 MYT
Ringgit tak merosot, lima mata wang terbaik di Asia - PM
Perdana Menteri menegaskan bahawa ringgit berada dalam kedudukan kukuh dan stabil. - Foto PMO/Sadiq Asyraf
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa ringgit berada dalam kedudukan kukuh dan stabil, sekali gus menepis dakwaan mata wang negara sedang merosot.

Ringkasan AI
  • Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan ringgit berada dalam kedudukan antara lima mata wang terbaik Asia, dengan kenaikan lebih lima peratus berbanding dolar AS.
  • Ringgit dibuka tinggi pada RM4.2195 berbanding dolar AS, dipacu oleh sentimen pasaran menjelang tarikh akhir tarif pada 1 Ogos.
  • Anwar turut umumkan pelancaran inisiatif Sejahtera MADANI, bertujuan membantu golongan miskin melalui kerjasama kerajaan dan sektor korporat.

Perdana Menteri berkata, prestasi ini meletakkan ringgit sebagai antara lima mata wang terbaik di Asia bagi tahun 2025.
"Masih ada yang mencadangkan ringgit ini masih meleset, itu tak benar. Ringgit kita kukuh dengan lebih lima peratus berbanding dolar Amerika Syarikat (AS)
"Hari ini RM4.23, maknanya ringgit antara lima mata wang terbaik di Asia. Jadi apa pun propaganda di luar, ringgit kita bukan RM4.50 atau RM4.70 yang pernah kita catat sebelum ini. Jadi, mudah-mudahan kita akan terus memperkukuh (ringgit)," katanya.
[TERKINI] Pengumuman PM: Penghargaan untuk Rakyat Malaysia
Perdana Menteri berkata demikian dalam Pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia yang disiarkan secara langsung, hari ini.
Ringgit meningkat untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Rabu, didorong oleh sentimen pasaran yang berhati-hati menjelang tarikh akhir tarif pada 1 Ogos.
Pada 8.03 pagi, ringgit meningkat kepada 4.2195/2375 berbanding dolar AS daripada 4.2300/2370 ketika ditutup semalam.
Dalam pada itu, Perdana Menteri memaklumkan akan merasmikan pelancaran Sejahtera MADANI pada Khamis.
Katanya, inisiatif berkenaan adalah ikhtiar untuk terus memastikan kumpulan miskin tegar dan miskin dibantu sewajarnya melalui usaha sama kerajaan dan sektor korporat.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Ringgit kukuh
#Sejahtera MADANI
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan