awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM100 untuk pemeriksaan kesihatan pelajar sekolah? Ini reaksi Kementerian Kesihatan

Bernama
Bernama
04/01/2019
21:00 MYT
RM100 untuk pemeriksaan kesihatan pelajar sekolah? Ini reaksi Kementerian Kesihatan
CHEN: Semua sekolah milik kerajaan termasuk Sekolah Asrama Penuh hanya dikenakan caj sebanyak RM1. - Gambar fail/Facebook
Kementerian Kesihatan nafi mengenakan caj sehingga RM100 bagi pemeriksaan kesihatan pelajar untuk kemasukan ke sekolah milik kerajaan, seperti ditularkan di media sosial.
Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Dr Chen Chaw Min berkata semua sekolah milik kerajaan termasuk Sekolah Asrama Penuh hanya dikenakan caj sebanyak RM1.
Ketika dihubungi pada Jumaat, Dr Chen menjelaskan caj pemeriksaan kesihatan sebanyak RM100 hanya dikenakan untuk pelajar sekolah swasta yang merangkumi pakej asas iaitu pemeriksaan fizikal, x-ray dan urine FEME selaras perintah Fi (Perubatan) 1982.
Terdahulu dalam satu kenyataan, beliau berkata Sekolah Asrama Penuh Kerajaan merangkumi sekolah-sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Kerajaan lain, termasuk Maktab Rendah Sains MARA, Maktab Tentera Diraja dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri.
Semalam, seorang pengguna Facebook mendakwa perlu membayar caj RM111 untuk pemeriksaan anaknya yang akan memasuki ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kerian.
Menurut catatannya yang dimuat naik, beliau dimaklumkan bahawa pengurusan hospital yang dilawatinya mendakwa bahawa caj berkenaan adalah polisi kerajaan baharu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dr Chen Chaw Min
#Kementerian Kesihatan
#kerajaan
#kesihatan
#Ketua Setiausaha
#KKM
#pemeriksaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan