awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM2.1 juta kerosakan 10 balai polis, 17 pos PGA

Sinar Harian
Sinar Harian
21/12/2024
01:10 MYT
RM2.1 juta kerosakan 10 balai polis, 17 pos PGA
Balai Polis Meranti Pasir Mas antara yang tengggelam banjir baru-baru ini. - Foto fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Sejumlah RM2.1 juta kerugian dialami polis Kelantan akibat 10 balai, empat pondok polis dan keseluruhan 17 pos Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand terjejas banjir bulan lalu.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, jumlah itu membabitkan kerugian RM1.6 juta dialami akibat balai dan pondok polis terjejas banjir yang melibatkan kerosakan premis RM1.5 juta dan kenderaan (RM93,600).
Selain itu, peralatan komunikasi (RM13,650) juga alatan teknologi maklumat dan komunikasi (RM13,900).
“Balai-balai yang terjejas enam di Pasir Mas, dua di Tumpat dan masing-masing satu di Kota Bharu serta Pasir Puteh manakala pondok polis terjejas ialah dua di Pasir Mas sementara setiap satu di Kota Bharu serta Tanah Merah.
“Paras banjir naik antara 0.1 meter ke dua meter di balai dan pondok polis terlibat,” katanya kepada pemberita pada Jumaat.
Beliau sebelum itu menghadiri Majlis Pengurniaan Sumbangan Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra kepada Mangsa Banjir warga polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini.
Selain itu, Mohd Yusoff memberitahu, 17 pos PGA terjejas banjir pula membabitkan anggaran kerosakan premis bernilai RM504,675.
“Pos PGA terjejas banjir di Tumpat sebanyak enam pos iaitu Pos Ular, Simpangan, Nibong, Pisau Raut, Naga Ibu dan Kaloi.
“Sebanyak 11 lagi pos PGA di Pasir Mas iaitu Kubang Pak Hitam, Wakaf Zin, Pulau, Mek Gombak, Pak Atah, Salleh Berek, Pok Teh Kana, Terusan, Sharifah, Haiwan dan Ibrahim Pencen,” katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#banjir2024
#balai polis
#kerugian
#Mohd Yusoff Mamat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan