awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
"Kajian pilihan raya Datuk Bandar KL bukan dilakukan orang DAP" - Hannah Yeoh
JS-SEZ berpotensi jadi model pembangunan serantau, boleh diperluas ke negara jiran - Pakar
Wanita maut selepas tersangkut pada lif ski di Jepun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM22 juta naik taraf infrastruktur, ganti lif usang di Ipoh - Nga

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
01/07/2023
09:03 MYT
RM22 juta naik taraf infrastruktur,  ganti lif usang di Ipoh - Nga
Nga (kiri) ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di sekitar Bandar Raya Ipoh pada Sabtu. - Foto Astro AWANI
IPOH: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengumumkan peruntukan tambahan RM22 juta bagi projek infrastruktur termasuk mengganti lif usang di kawasan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).
Antara pembangunan itu ialah pembinaan bangunan parkir, penggantian lif baharu di Flat Sri Kepayang dan Kinta Height, kerja-kerja pembentungan dan naik taraf Rumah Pangsa Bercham.
Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, sebanyak RM13.38 juta diluluskan bagi pembinaan kompleks tempat letak kereta bagi mengatasi masalah kekurangan parkir di pekan lama Ipoh.
“Setelah tempat letak kereta ini siap, dia akan menawarkan 376 unit tempat letak kereta.
“Dengan kata lain sekali gus jumlah tapak tempat letak kereta di Ipoh Old Town akan meningkat seratus 150 peratus,” katanya.
Beliau ditemui selepas mengadakan lawatan kerja di sekitar Bandar Raya Ipoh pada Sabtu yang turut dihadiri Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.
Menurutnya, sebanyak RM4.25 juta diluluskan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Perak (LPHP) untuk menaik taraf perumahan Flat Seri Kepayang dan RM2 juta untuk Rumah Pangsa Bercham.
Dalam masa sama, RM1.5 juta diperuntukkan bagi kerja-kerja pembentungan di hadapan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dan Balai Polis Sungai Senam bagi mengatasi masalah banjir kilat di kawasan berkenaan.
Katanya, RM930,000 lagi adalah bagi menggantikan lif di rumah pangsa Kinta Heights yang kali terakhir diselenggara 23 tahun lalu.
Topic Berkaitan
#peruntukan tambahan
#baiki lif rosak
#Nga Kor Ming
#Majlis Bandaraya Ipoh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan