KUALA LUMPUR: Sebanyak RM314 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan untuk menguruskan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) setakat 30 Ogos lalu.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, perbelanjaan tersebut adalah daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM1 bilion yang diperuntukkan bagi program imunisasi negara.
Menurut beliau, perbelanjaan tersebut meliputi kos pengoperasian Pusat Pemberian Vaksin (PPV); pemantapan rangkaian integrasi data dan sistem proses pemberian vaksin; serta meningkatkan jumlah pendaftaran penerima vaksin di setiap kawasan Parlimen.
"Bagi kos pengoperasian, ia meliputi empat perkara iaitu perbelanjaan sewaan dan utiliti, perbelanjaan bagi pembersihan dan sanitasi, perbelanjaan bagi perkakasan dan alatan pakai habis serta perbelanjaan kebajikan petugas PPV.
"Kerajaan telah mempertimbangkan dua perkara penting iaitu saguhati sukarelawan dan anggota keselamatan yang bertugas serta perbelanjaan makan dan minum petugas," katanya pada sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PH-Pandan) yang minta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan lebih terperinci kos program vaksinasi yang telah dijalankan.
Mengulas lanjut, Adham berkata, sebanyak RM4.4 juta disalurkan bagi meningkatkan jumlah pendaftaran rakyat untuk menerima vaksin di setiap kawasan Parlimen selaras dengan prinsip whole of society bagi menjayakan progam PICK.
Dalam masa sama, beliau berkata, beberapa strategi turut dilakukan oleh kerajaan dalam mengekang penularan COVID-19.
Strategi itu, jelas beliau, termasuk usaha MOSTI bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan agensi berkaitan, sedang mengambil langkah untuk menambah baik sistem pengesanan kontak yang merangkumi empat langkah antaranya, sumber data untuk mengenal pasti dan menganalisa interaksi.
Selain itu, katanya, analisis juga dijalankan untuk menentukan butiran risiko penyebaran wabak, tracer hub/dashboard untuk memudahkan kakitangan melaksanakan pengesanan kontak; dan aktiviti sokongan untuk mengukuhkan pengesanan kontak.
MOSTI juga, tambah Dr Adhman, telah membangunkan Vaccine Management System (VMS) bagi penyimpanan rekod data vaksinasi melalui teknologi blockchain yang dapat menjana sijil vaksinasi bagi setiap penerima vaksin.
"MOSTI juga menghasilkan aplikasi Vaccine Certificate Verifier untuk memastikan setiap sijil digital vaksin adalah tulen melalui Kod QR," kata beliau lagi.
Hasimi Muhamad
Thu Sep 30 2021

Adham berkata, RM314 juta yang dibelanjakan adalah daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM1 bilion yang diperuntukkan bagi program imunisasi negara. - Gambar fail

PRU-15 | PKR bakal lancar kempen hari ini
Bahang Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin dirasai, sungguhpun Perdana Menteri belum mengumumkan bilakah tarikh sebenarnya. Pada ketika ini, beberapa parti sudah menggerakkan kempen atau jelajah untuk berjumpa akar umbi.dan mendapatkan sokongan. Ia termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hari ini bakal melancarkan kempen mereka. Kita nak bercakap mengenai strategi parti, apakah sentimen yang akan dimainkan. Untuk itu kita akan bersama Prof Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM

AS umum pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$775 juta untuk Ukraine
Pakej itu diumumkan ketika serangan terbaharu dipercayai berlaku di bandar Belgorod, Rusia pada Khamis.

Persidangan G20 | Xi Jinping, Vladimir Putin dijangka hadir
Pemimpin China dan Rusia Xi Jinping dan Vladimir Putin akan menghadiri Sidang Kemuncak G20 November ini di Pulau Peranginan Bali, Indonesia. Perkara itu disahkan bekas Setiausaha Kabinet dan Penasihat Tidak Rasmi kepada Presiden Joko Widodo, Andi Widjajanto kepada Reuters.

Kebakaran | Tiga rentung di Sandakan
Tiga individu rentung dalam kebakaran rumah di Taman Rajawali, dekat Batu Tujuh, Sandakan pada Jumaat, malam. Dalam kejadian kira-kira jam 10.30 malam itu, mangsa terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki.

Muktamar Pas: Tiada usul putuskan hubungan dengan UMNO diterima - Takiyuddin
Muktamar Pas: Tiada usul putuskan hubungan dengan UMNO diterima - Takiyuddin

AWANI Pagi: Pengisian merdeka bermula dari rumah
Kurang dua minggu sahaja lagi, kita akan menyambuat Hari Kebangsaan 31 ogos 2022, pastinya kehangatan menyambut itu semakin di rasai. Dengan konsep sambutan kali ini temanya: 'Keluarga Malaysia Teguh Bersama'

3.78 juta ketibaan pelancong direkod di Thailand
Ketibaan itu terutamanya dari Malaysia, India dan Singapura menjana pendapatan 176 bilion baht.

Pesawat terlepas landasan, juruterbang dilapor tertidur ketika penerbangan
Insiden berlaku pada 15 Ogos lalu ketika pesawat Boeing 737-800 milik Ethiopian Airlines itu dalam perjalanan dari Khartoum ke Addis Ababa.

Ikan, ketam kena ujian calitan COVID-19 di Xiamen
Walaupun mungkin kelihatan luar biasa tetapi ia bukan kali pertama ikan hidup telah diuji untuk COVID-19.

Bateri saja tidak cukup, Jokowi mahu Tesla keluarkan kereta elektrik di Indonesia
Indonesia mahukan "ekosistem besar kereta elektrik" dan bukan hanya menggunakan sumber aslinya untuk membuat bateri.

PRU-15 | PKR bakal lancar kempen hari ini
Bahang Pilihan Raya Umum Ke-15 semakin dirasai, sungguhpun Perdana Menteri belum mengumumkan bilakah tarikh sebenarnya. Pada ketika ini, beberapa parti sudah menggerakkan kempen atau jelajah untuk berjumpa akar umbi.dan mendapatkan sokongan. Ia termasuk Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang hari ini bakal melancarkan kempen mereka. Kita nak bercakap mengenai strategi parti, apakah sentimen yang akan dimainkan. Untuk itu kita akan bersama Prof Dr Sivamurugan Pandian, Penganalisis Politik USM

AS umum pakej bantuan ketenteraan bernilai AS$775 juta untuk Ukraine
Pakej itu diumumkan ketika serangan terbaharu dipercayai berlaku di bandar Belgorod, Rusia pada Khamis.

Persidangan G20 | Xi Jinping, Vladimir Putin dijangka hadir
Xi Jinping dan Vladimir Putin dijangka akan menghadiri Sidang Kemuncak Kumpulan 20 (G20) pada November ini di Bali, Indonesia.