awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Median upah bulanan bagi pekerja formal meningkat kepada RM2,864 - DOSM
Ketua PBB seru pemulihan kedaulatan undang-undang antarabangsa
Virus Nipah: Bergejala? Ini fakta penting yang perlu anda tahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM34 juta wang "scam" diselamatkan, RM6.7 juta dipulangkan kepada mangsa - Saifuddin Nasution

Bernama
Bernama
27/01/2026
08:30 MYT
RM34 juta wang "scam" diselamatkan, RM6.7 juta dipulangkan kepada mangsa - Saifuddin Nasution
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika sesi pertanyaan- pertanyaan dan jawab lisan pada Mesyuarat Pertama, Penggal Kelima Parlimen ke-15 Dewan Rakyat hari ini. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM34 juta wang daripada aktiviti scam atau penipuan berjaya diselamatkan pada tahun lepas, peningkatan ketara berbanding RM508,479.39 yang direkodkan pada 2024, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata kejayaan itu ialah hasil pengoperasian 24 jam Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC), yang sebelum ini beroperasi pada waktu pejabat, selain pertambahan perjawatan di NSRC.
"Wang yang kita selamatkan ini menggunakan Subseksyen 424A, B dan C, Kanun Keseksaaan dan wang ini dia tak berpindah secara berlapis.
"Secara keseluruhannya, mengikut data yang kita kumpul daripada aduan mangsa, kita merekodkan sejumlah RM542 juta kerugian daripada aktiviti scam ini sepanjang tahun lepas," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong) tentang jumlah individu yang telah didakwa dan disabitkan di bawah Kanun Keseksaaan Subseksyen 424A hingga 424D yang baharu bagi memerangi akaun keldai yang terlibat dalam penipuan dan bilangan mangsa yang berjaya mendapat semula duit mereka.
Saifuddin Nasution berkata bagi Subseksyen 424A, hingga kini sebanyak 51 kes dilaporkan dan antara status kes berkenaan, 20 kes telah dituduh di mahkamah, manakala tiga diklasifikasikan tiada tindakan lanjut.
"Di bawah 424B ada satu, statusnya masih disiasat, 424C ada 10, kesemuanya masih status dalam siasatan, 424D tiada laporan dan tiada kes yang disiasat," katanya.
Beliau berkata berdasarkan profil kes penipuan yang direkodkan kementerian itu, golongan pekerja swasta, kakitangan awam, pesara, pelajar dan ahli perniagaan merupakan antara yang paling ramai menjadi mangsa.
Penipuan itu katanya, melibatkan jenayah kewangan dalam kategori love scam, e-dagang, pinjaman tidak wujud, pelaburan tidak wujud dan jenayah telekomunikasi.
Beliau berkata kerajaan menerusi kementerian berkaitan juga sentiasa bekerjasama dan mengadakan sesi libat urus dengan rakan negara ASEAN dalam mencari kaedah terbaik untuk menangani kes penipuan.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#wang scam diselamatkan
#Saifuddin Nasution
#dipulangkan kepada mangsa
#Dewan Rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan