PUTRAJAYA:Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini memperuntukkan inisiatif tambahan sebanyak RM39.75 juta bagi Wilayah Cakna 3.0.
Menterinya, Tan Sri Annuar Musa berkata inisiatif tambahan itu bagi membantu meringankan beban khususnya golongan Berpendapatan Rendah (B40) dan miskin yang terkesan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Katanya, inisiatif Wilayah Cakna 3.0 adalah khusus kepada warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, dan tidak melibatkan kluster petugas barisan hadapan, pesakit serta individu di bawah pemantauan COVID-19.
“Daripada RM39.75 juta, kementerian telah bersetuju untuk melaksanakan perkara berikut;
“Pertama, terdapat lebih 40,000 warga berpendapatan rendah yang menghuni rumah PPR dan Rumah Awam (RA) Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) yang mereka lazimnya kena membayar sewa setiap bulan.
“Pada hari ini saya ingin mengumumkan pada bulan-bulan berikutan dan akhir tahun kita telah bersetuju utnuk mengecualikan bayaran sewa rumah-rumah tersebut sampai akhir bulan disember.
“Jadi, penghuni rumah PPR dan RA tidak perlu membayar sewa dan kita harapkan duit sewa itu boleh mereka gunakan untuk perbelanjaan lain,” katanya, hari ini.
Beliau berkata demikian dalam Sidang Media Pengumuman Khas Inisiatif Wilayah Cakna 3.0 di Menara Sri Wilayah, Kementerian Wilayah Persekutuan, di sini pada Khamis.
Mengulas lanjut, Annuar berkata sebanyak 5,830 penjaja dan peniaga kecil berlesen akan turut dikecualikan caj sewaan premis niaga melibatkan pengecualian hasil kepada DBKL sebanyak RM2.5 juta.
Selain itu, katanya seramai 302 penjaja dan peniaga kecil di Putrajaya akan menikmati pengecualian caj sewaan premis milik Perbadanan Putrajaya (PPj) bermula Oktober hingga Disember ini berjumlah RM1.87 juta.
Sebanyak RM100 turut diperuntukkan dalam bentuk baucar makanan kepada golongan asnaf dan B40 bagi menyediakan bantuan 'food pack'.
“Pelajar-pelajar daripada kumpulan berpendapatan rendah di Kuala Lumpur akan menerima baucar bantuan buku latihan sekolah bernilai RM100 daripada Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP).
“Manakala, 1,000 orang pelajar miskin di Putrajaya juga turut menerima baucar Back to School bernilai RM100 daripada PPj sebagai persediaan persekolahan pada tahun depan,” tambahnya.
Menerusi pakej Wilayah Cakna 3.0 juga, Annuar mengumumkan sebanyak RM3,000 secara one-off akan diberikan kepada 11 Majlis Perwakilan Penduduk Kuala Lumpur dan enam sub zon Putrajaya.
Sementara itu, sebanyak RM2,000 lagi diberikan secara one-off kepada 570 persatuan-persatuan penduduk di kawasan berkenaan.
Tambah Annuar, sebanyak RM1.4 juta turut diperuntukkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), selain Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) memberikan bantuan kecemasan khas COVID-19 berjumlah RM12.7 juta.
Pada 25 Mac lalu, Kementerian Wilayah Persekutuan mewujudkan Inisiatif Wilayah Cakna dengan peruntukan RM63.6 juta bagi membantu warga kota dalam menguruskan impak penularan wabak COVID-19.
Hasimi Muhamad
Thu Oct 15 2020
Menerusi pakej Wilayah Cakna 3.0 juga, Annuar mengumumkan sebanyak RM3,000 secara one-off akan diberikan kepada 11 Majlis Perwakilan Penduduk Kuala Lumpur dan enam sub zon Putrajaya. - Foto BERNAMA
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
MEASAT-3d: Malaysia mungkin capai 100 peratus liputan jalur lebar - Annuar Musa
Pelancaran satelit MEASAT-3d memungkinkan negara untuk mencapai liputan jaringan jalur lebar sehingga 100 peratus sebelum tahun 2025, ujar Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
"Tan Sri nak masuk Gegar Vaganza?" Annuar Musa 'tunjuk bakat' nyanyi lagu P. Ramlee
Menerusi segmen khas 'battle', Tan Sri Annuar Musa dan pengacara, Nabil Ahmad dikehendaki meneka tajuk lagu daripada hasil karya Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee.
Zul Ariffin hadir ke SKMM
Pelakon Zul Ariffin tampil ke ibu pejabat SKMM di Cyberjaya bagi membantu siasatan sehubungan perkongsian di laman media sosialnya yang memaparkan babak adegan "panas" dalam sebuah drama.
Adegan 'panas': Zul Ariffin akan disiasat - Annuar Musa
Adegan seperti yang dipaparkan itu tidak akan dibenarkan ditayang kepada khalayak umum tidak kira sama ada pada bulan Ramadan mahupun pada bulan-bulan yang lain.
PAU2021: Risiko kepada PM, BN sekiranya bubar Parlimen tanpa persetujuan parti lain dalam kerajaan - Annuar
Kerajaan yang ada ketika ini adalah kerajaan pelbagai parti dan UMNO hanyalah parti minoriti.
Hari Seniman Negara ditukar pada 22 Mac
Hari Seniman Negara akan diadakan pada setiap 22 Mac iaitu bersempena dengan tarikh kelahiran Allahyarham Tan Sri P Ramlee.
PRN Johor: Annuar puas hati liputan media
Menteri Komunikasi dan Multimedia mahu semua platform media kekal menyampaikan maklumat bagi membantu perjalanan PRN Johor dengan baik.
PRN Johor: Rakyat tidak perlu takut keluar mengundi - Annuar Musa
Susun atur proses pengundian dan SOP yang ditetapkan mampu mengawal penularan wabak COVID-19.
Lebih banyak PEDi akan diwujudkan di daerah seluruh Johor - Annuar Musa
MCMC akan mewujudkan lebih banyak Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) di daerah seluruh negeri Johor.
PRN Johor : Medan ujian kehendak pengundi muda - Annuar
Semua pihak harus mengalu-alukan penyertaan golongan muda dalam landskap politik tanah air.