awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM392 bilion diperlukan untuk tangani masalah banjir hingga 2100 - Tuan Ibrahim

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
05/09/2022
03:59 MYT
RM392 bilion diperlukan untuk tangani masalah banjir hingga 2100 - Tuan Ibrahim
Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya RM392 bilion sehingga 2100 dalam usaha mengatasi bencana banjir di negara ini, kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Malaysia memerlukan sekurang-kurangnya RM392 bilion sehingga 2100 dalam usaha mengatasi bencana banjir di negara ini.
Menurut Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, peruntukan tersebut merangkumi komponen utama tebatan banjir dan saliran bandar berjumlah RM230.71 bilion serta infrastruktur pantai sebanyak RM126.55 bilion.
Jelas beliau, kesungguhan kerajaan dalam menangani isu perubahan iklim dizahirkan melalui pelaburan besar kepada sektor air negara.
“Ini termasuklah peruntukan RM15 bilion secara ‘off budget’ untuk tempoh lapan tahun bermula tahun 2023 hingga 2030 bagi projek-projek tebatan dan penyelesaian banjir serta pembinaan struktur sabo di kawasan kritikal yang terjejas teruk akibat Monsun Timur Laut,” kata Tuan Ibrahim.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Simposium Perubahan Iklim 2022 di Parlimen, di sini, hari ini.
Penyampai berita Astro AWANI, Luqman Hariz (kiri) sebagai moderator Simposium Perubahan Iklim 2022 yang berlangsung di Parlimen, pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
Penyampai berita Astro AWANI, Luqman Hariz (kiri) sebagai moderator Simposium Perubahan Iklim 2022 yang berlangsung di Parlimen, pada Isnin. - Gambar Astro AWANI
Menyentuh inisiatif yang diambil oleh kerajaan ketika ini dalam mengatasi masalah perubahan iklim, kerajaan, katanya, melalui Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah membangun kerangka Undang-undang Perubahan Iklim pada 2021 dan telah dibentangkan kepada Kabinet.
“Objektif Rang Undang-undang ini adalah untuk mengukuh institusi, menyelaras tindakan, memantau perkembangan dan memperkemas pelaporan data secara sistematik.
“Semasa saya menghadiri persidangan COP-26 di Glasgow, salah satu perkara yang hangat dibincangkan oleh semua negara adalah mengenai pembangunan mekanisme pasaran karbon,” jelas Tuan Ibrahim.
COP-26 di Glasgow ialah Persidangan Ke-25 Konvensyen Rangka Kerja Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berlangsung di Glasgow, Scotland pada November tahun lalu.
Menurut Tuan Ibrahim, KASA selaku kementerian peneraju agenda perubahan iklim negara telah mengambil langkah untuk membangunkan dasar dan inisiatif berkaitan pasaran karbon dengan Kementerian Kewangan dan Bursa Malaysia.
Pada Disember 2021, jelas beliau, Kabinet telah bersetuju dengan garis panduan pasaran karbon sukarela antarabangsa sebagai asas panduan kepada entiti dalam negara yang ingin terlibat di dalam pasaran karbon sukarela.
Bahkan, kata Tuan Ibrahim, Jemaah Menteri juga telah memberikan mandat kepada Bursa Malaysia bagi membangunkan platform perdagangan karbon peringkat domestik.
Simposium Perubahan Iklim 2022 yang berlangsung hari ini dianjurkan oleh Pejabat Ketua Pembangkang yang turut dihadiri oleh ahli politik dan golongan profesional bagi membincangkan dan mencari langkah komprehensif dan terbaik dalam menangani masalah berkaitan perubahan iklim.
Topic Berkaitan
#Tuan Ibrahim Tuan Man
#Parlimen
#banjir
#Simposium Perubahan Iklim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan