awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendakwa raya tuntut hukuman mati terhadap bekas presiden Korea Selatan, Yoon
Trump seru rakyat Iran teruskan protes, dakwa bantuan dalam perjalanan
UEC: Pengiktirafan perlu berpaksikan Perlembagaan Persekutuan, Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM4.3 juta untuk selenggara, baik pulih tabika dan taska Kemas di Sarawak

Bernama
Bernama
13/10/2025
05:15 MYT
RM4.3 juta untuk selenggara, baik pulih tabika dan taska Kemas di Sarawak
Rubiah berkata 20 projek baharu pembinaan tabika dan taska turut diluluskan di Sarawak meliputi pelbagai status pelaksanaan sepanjang tempoh RMK12. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak RM4.3 juta diperuntukkan tahun ini bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan 115 premis Tabika dan Taska Kemas di Sarawak.

Ringkasan AI
  • Sebanyak RM4.3 juta diperuntukkan bagi kerja penyelenggaraan dan pembaikan 115 premis Tabika dan Taska Kemas di Sarawak, selain 20 projek baharu pembinaan yang diluluskan sepanjang RMK12.
  • Daripada 1,010 premis Tabika dan Taska Kemas di Sarawak, 189 beroperasi secara menumpang, dan satu kertas cadangan penggazetan premis menumpang telah dibentangkan dalam mesyuarat MEXCLUB pada 26 Jun lalu.
  • Kerajaan negeri disaran memulakan proses pewartaan premis bagi membolehkan kerja naik taraf dilaksanakan demi menjamin persekitaran pembelajaran yang selesa dan selamat untuk kanak-kanak serta tenaga pengajar.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata 20 projek baharu pembinaan tabika dan taska turut diluluskan di Sarawak meliputi pelbagai status pelaksanaan sepanjang tempoh Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Beliau berkata berdasarkan data Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan (SMPK), terdapat 1,010 premis Tabika dan Taska Kemas di Sarawak, dan daripada jumlah itu, 189 premis beroperasi secara menumpang.
"Bagi tujuan penambahbaikan, satu kertas cadangan berkaitan penggazetan premis menumpang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Penyelarasan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah bersama Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) pada 26 Jun lepas," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan Mohamad Shafizan Kepli (GPS-Batang Lupar) mengenai usaha menaik taraf atau membina baharu kelas Tabika Kemas, khususnya yang beroperasi di bangunan daif dan masih menumpang di premis lain di Sarawak.
Rubiah berkata mesyuarat itu bersetuju supaya kerajaan negeri memulakan proses pewartaan atau penggunaan ke atas premis-premis berkenaan, sama ada tanah atau bangunan atas nama Program Pembangunan Modal Insan Komuniti (PPMIK).
"Proses ini amat penting bagi membolehkan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf dilaksanakan demi menjamin persekitaran pembelajaran yang lebih selesa dan selamat untu kanak-kanak serta tenaga pengajar," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rubiah Wang
#Sarawak
#KKDW
#taska kemas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan