awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RM96.6 juta untuk perluas internet di Bintulu - Jailani

Bernama
Bernama
06/04/2015
15:57 MYT
RM96.6 juta untuk perluas internet di Bintulu - Jailani
JAILANI: RM96.6 juta untuk perluas internet di Bintulu. -Gambar fail
Sebanyak RM96.6 juta diperuntukkan kerajaan bagi melaksanakan inisiatif memperluas liputan perkhidmatan Internet di Bintulu, kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari.
Jailani berkata antara inisiatif yang dilaksanakan ialah menaik taraf ibu sawat Bintulu bagi menyediakan perkhidmatan berasaskan fiber dengan penyediaan 3,000 port sambungan.
"Selain itu rangkaian teras sedia ada telah diperluaskan dengan pelaksanaan tiga sambungan rangkaian teras berasaskan fiber di kawasan Sebauh dan Samalaju bagi menaik taraf kelajuan dan kapasiti jalur lebar," katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Jailani berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Seri Tiong King Sing (BN-Bintulu) mengenai rancangan kementerian untuk memperluaskan perkhidmatan Internet di Bintulu terutamanya jalur lebar yang menggunakan gentian optik.
Katanya, penduduk di kawasan Bintulu pada masa ini telahpun dapat menikmati capaian perkhidmatan jalur lebar bermula dengan kelajuan minimun 384 kilobyte per saat sehingga 20 megabyte per saat.
Jailani yang juga anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata pembinaan satu menara telekomunikasi berserta perkhidmatan selular di kawasan Lebuhraya Bintulu-Samalaju, sedang dilaksanakan.
"Ia termasuk penyambungan sebahagian Sistem Kabel Rakyat 1Malaysia (SKR1M) di Sistem Kabel Dasar Laut Bintulu yang menghubungi Bintulu-Miri sepanjang 217 kilometer bagi penyediaan kabel optik dasar laut," katanya.
Tambahnya, pelaksanaan Sub Urban Broadband Project (SUBB) yang bertujuan menaik taraf kelajuan capaian perkhidmatan jalur lebar di kawasan pinggir bandar Bintulu yang boleh mencapai sehingga 50 mega byte per saat juga sedang dijalankan.
SUBB katanya telah bermula tahun ini dan dijangka mengambil masa lima tahun untuk disiapkan pada 2019.
Topic Berkaitan
#Bintulu
#Internet
#jailani
#SKR1M
#SUBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan