Sebanyak RM98 juta daripada RM5.9 bilion peruntukan kerajaan kepada Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri dalam pembentangan Belanjawan 2019 baru-baru ini akan disalurkan kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu berkata peruntukan itu meningkat sebanyak RM20 juta berbanding RM78 juta yang diperuntukan kerajaan sebelum ini kepada golongan itu pada tahun ini.
"Meskipun pada Belanjawan 2019 peruntukan Kementerian Pertahanan sedikit berkurangan berbanding tahun ini, tapi atas keprihatinan kerajaan kita dapat pertambahan RM20 juta bagi meningkatkan kebajikan dan kesejahteran golongan veteran ATM.
"Untuk bahagian lain (dalam Kementerian Pertahanan) kita boleh mohon dari semasa ke semasa ikut kemampuan kewangan kerajaan kerana kita tahu kebiasaannya kerajaan akan membentangkan belanjawan tambahan," katanya ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 185 veteran ATM negeri Terengganu di sini pada Jumaat.
Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM, Mejar Jeneral Datuk Dzulkarnain Ahmad dan Yang Dipertua Persatuan Veteran ATM Terengganu, Mejar Jeneral Datuk Mohamad Zaki Hamzah.
Penganugerahan PJM adalah bagi mengiktiraf jasa dan pengorbanan warga ATM yang terlibat dalam menegakkan keamanan dan kedaulatan negara sepanjang tempoh darurat iaitu dari tahun 1969 hingga 1989 bagi menentang Parti Komunis Malaya dan Parti Komunis Kalimantan Utara dari 1969 hingga 1990.
Sementara itu, Mohamad dalam ucapannya berkata penganugerahan itu sebagai satu usaha Kementerian Pertahanan memartabatkan angkatan tentera termasuk golongan veteran yang berkhidmat sebagai barisan hadapan keselamatan yang menjaga kedaulatan dan keamanan negara ini.
Beliau juga meluahkan sedikit rasa terkilan kerana kini peranan angkatan tentera tidak ditonjolkan secara meluas berbanding ketika zaman beliau membesar dahulu menyebabkan generasi kini kurang menghargai perjuangan dan pengorbanan tentera kepada negara.
"Waktu kita membesar dahulu kita hafal nama ketua-ketua polis, ketua tentera, ketua tentera laut, udara... sekarang kalau kita tanya pelajar institut pengajian tinggi pun mereka tidak kenal siapa pemimpin utama pasukan keselamatan negara.
"Kalau dahulu orang masuk meminang, orang tua akan pilih tentera lebih dari cikgu kerana dahulu kerjaya sebagai anggota tentera disanjung tinggi oleh masyarakat... sekarang ini bukanlah mereka ini dilupakan, tetapi kurang ditonjolkan di mata masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 10 2018
Mohamad meluahkan sedikit rasa terkilan kerana kini peranan angkatan tentera tidak ditonjolkan secara meluas berbanding ketika zaman beliau membesar dahulu. - Gambar fail
AWANI Ringkas: SPRM sahkan Tun M antara disiasat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita - Noraini
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi menangani cabaran industri dengan berkesan.
PM nafi kerajaan beri lesen kasino di Forest City
Perdana Menteri menafikan laporan yang mendakwa kerajaan akan mengeluarkan lesen untuk pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Nahas helikopter Lumut: Hina anggota TLDM terkorban, polis siasat Saifuddin Shafik
Polis menyiasat pemilik akaun, Saifuddin Shafik yang dipercayai memuat naik hantaran jelik berkaitan insiden kemalangan melibatkan helikopter TLDM.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Beliau berkata, usaha tersebut diharap dapat menjadi motivasi buat penjawat awam untuk meningkatkan produktiviti, dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat.
Kes model sambilan bunuh teman lelaki: Tarikh baharu sebutan ditetap 28 Mei
Mahkamah Majistret menetapkan 28 Mei ini sebagai tarikh baharu sebutan kes seorang model sambilan wanita yang didakwa membunuh teman lelakinya.
Pantau Agenda Reformasi: Misi Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza
Pantau Agenda Reformasi hari ini membawakan Profesor Hubungan Antarabangsa di Fakulti Undang-Undang dan Hubungan Antarabangsa di UNISZA, Prof Dr Mohd Afandi Salleh, yang juga merupakan bekas peserta misi Flotilla ke Gaza pada 2018, berkongsi pengalamannya ketika ditahan pihak rejim Israel sewaktu misi tersebut. Antara lain perbincangan tertumpu ke arah aspek hubungan antarabangsa serta undang-undang di perairan antarabangsa.
Nahas helikopter Lumut: Mindef pertimbang keperluan teliti SOP latihan udara - Mohamed Khaled
Mindef akan mempertimbangkan keperluan untuk meneliti semula SOP latihan udara membentuk formasi penerbangan lintas hormat bagi mengelak tragedi.
Keselamatan siber: Keterangkuman, kepelbagaian perkasa sumbangan wanita
Wanita harus mula memberi fokus dan penekanan terhadap keterangkuman dan kepelbagaian perspektif bagi membolehkan mereka menangani cabaran industri dengan berkesan.
Penyerang Kamal Adli dijatuhkan hukuman lebih 2 tahun oleh mahkamah Singapura
Lelaki yang menyerang pelakon Malaysia, Kamal Adli menggunakan belantan tahun lepas, dijatuhkan hukuman penjara dua tahun, empat bulan dan dua minggu.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Veteran ATM tidak berpencen diminta segera kemas kini maklumat untuk terima BSH
Sebanyak 35 peratus daripada 41,000 veteran ATM yang tidak berpencen, tidak menerima Bantuan Sara Hidup kerana gagal mengemas kini data peribadi.
ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Maktab Tentera Diraja (RMC) bukan institusi 'biasa-biasa' - Khaled Nordin
Penubuhan Maktab Tentera Diraja (MTD) atau RMC merupakan satu agenda nasional yang penting yang bakal menyertai ketumbukan pertahanan negara.
Peletakan jawatan pengurusan kanan LTAT tak jejas operasi - Menteri Pertahanan
Pada masa ini Lembaga LTAT sedang memuktamadkan calon-calon yang berkaliber bagi mengisi jawatan Ketua Eksekutif.
Penyelarasan pencen: Mahkamah benar saman pemula 50 pesara ATM
Mahkamah Tinggi membenarkan saman pemula yang difailkan oleh 50 pesara ATM berhubung penyelarasan pencen mereka yang bersara sebelum 1 Jan 2013.
ATM redah banjir usung jenazah warga emas
Pasukan itu meredah air hingga paras pinggang sejauh hampir 100 meter sebelum jenazah dinaikkan ke dalam trak.
60 anggota ATM bantu pascabanjir di Kota Tinggi
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menempatkan 60 anggotanya bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula semalam.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.