KUALA LUMPUR:Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) bakal memberi tumpuan kepada pemacu baharu ekonomi negara seperti ekonomi digital dan ekonomi hijau, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Beliau berkata satu strategi komprehensif akan diumumkan pada awal 2021 bagi memulih dan merancakkan semula ekonomi negara.
"Infrastruktur fizikal dan digital di bandar dan luar bandar akan dibina untuk memastikan Malaysia terus berdaya saing serta dapat merebut peluang ekonomi baharu di peringkat global," kata Muhyiddin semasa menyampaikan perutusan khas sempena sambutan tahun baharu 2021, di sini, malam ini.
Sejajar dengan itu, katanya, kerajaan akan melancarkan Dasar Digital Negara pada suku pertama 2021 dengan penumpuan khusus kepada pembangunan sistem rangkaian 5G.
"Insya-Allah, apabila diumumkan kelak, saya yakin RMKe-12 akan memperlihatkan visi ekonomi Malaysia yang jelas untuk dekad baharu ini bagi memastikan pertumbuhan ekonomi Malaysia terus bersifat inklusif dan memanfaatkan rakyat," katanya.
-- BERNAMA
Astro Awani
Thu Dec 31 2020
Infrastruktur fizikal dan digital di bandar dan luar bandar akan dibina untuk memastikan Malaysia terus berdaya saing. - Gambar fail
Mahkamah dengar rayuan Rosmah pada 23, 24 Oktober
Pendengaran rayuan Datin Rosmah Mansor terhadap sabitan, hukuman penjara 10 tahun dan denda RM970 juta bagi kes rasuah di Mahkamah Rayuan ditetapkan dua hari bermula 23 Oktober.
Promoter dipenjara 10 tahun, denda RM6,000
Seorang promoter wanita dihukum penjara 10 tahun dan denda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Balik Pulau selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menyimbah air panas ke atas seorang lelaki kurang upaya (sindrom down) dalam kejadian di dalam lif sebuah pangsapuri di Bayan Lepas Jumaat lalu.
AWANI Borneo [23/04/2024] – Selamat jalan pemimpin negara | Hasil negeri | Mendiang cucu yang bertanggunggjawab
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Jasmine Abu Bakar
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
#AWANIBorneo 23 April 2024
- Jasad mendiang Tan Sri Joseph Kurup selamat dikebumikan
- Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual hasil lombong di Tawau
- Mendiang Felicia seorang cucu yang bertanggungjawab
#AWANInews
Awie anggap bayaran rendah untuk artis veteran satu penghinaan
Pengarah filem Rebel itu juga mengajak penggiat seni untuk mengenang kembali perjuangan para artis senior suatu ketika dahulu.
Nahas helikopter Lumut: Joanna seorang penyayang, sentiasa dahulukan keluarga
Sedih dan muram namun reda, itu yang dapat dilihat pada wajah ahli keluarga mendiang Joanna Felicia Rohna sejurus mendapat perkhabaran duka tragedi pemergiannya pada pagi Selasa.
Meta tawarkan sistem operasi yang menguasakan Quest kepada pengeluar lain
Ini sekali gus menjadikan Horizon OS akan menerajui arena set realiti maya, lebih kurang seperti Android yang menguasakan telefon pintar.
Nahas helikopter Lumut: Sepupu suami pelakon Eyra Hazali turut terkorban
Pelakon Eyra Hazali memaklumkan salah seorang mangsa nahas helikopter melibatkan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlaku di Lumut pagi tadi merupakan ahli keluarganya.
Penggunaan ‘wilayah’ bagi Sarawak bertepatan dengan MA63
Penggunaan wilayah bagi merujuk Sarawak menggantikan negeri adalah bertepatan kerana di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) Sarawak diiktiraf sebagai wilayah dan bukannya negeri.
Nahas helikopter Lumut: Salah seorang mangsa anak jati Bukit Kepong
Komander Muhamad Amir Mohamad, Pegawai Memerintah Skuadron 502 TLDM yang berpangkalan di Lumut merupakan anak jati Bukit Kepong.
Jongkong emas bernilai RM585 juta dijual
Sejumlah 2,300 kilogram (kg) jongkong emas bernilai RM585 juta telah dijual hasil perlombongan emas di Bukit Mantri, Tawau yang mula beroperasi pada 2018.
Nahas helikopter Lumut: PM akan umum bantuan untuk waris mangsa - TPM
Kerajaan akan mengumumkan bantuan khas kepada waris 10 anggota dan pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terkorban dalam nahas dua helikopter di Pangkalan TLDM Lumut.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Peruntukan pembangkang: PM Anwar selesai bermesyuarat
Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 5.50 petang turut dihadiri pemimpin utama parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
PM hulur sumbangan tampung kos perubatan adik Tasnim
Perdana Menteri menyerahkan sumbangan bagi menampung kos perubatan adik Tasnim Al-Ulya Amali Mohammad Raji yang hilang upaya kekal.
Mesyuarat dijangka bincang isu peruntukan ahli Parlimen pembangkang petang ini
Kediaman rasmi Perdana Menteri menjadi tumpuan apabila Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Sekretariat Kerajaan Perpaduan dijangka berlangsung.
PM Anwar beri bantuan tunai kepada peniaga terkesan kebakaran Pasar Raya Mydin di Manjoi
Perdana Menteri menyampaikan bantuan tunai kepada 17 peniaga terkesan akibat kebakaran di Pasar Raya Besar Mydin di Manjoi pada Mac lepas.
Banyak peluang boleh diteroka Malaysia-Republik Kyrgyz - Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap hubungan antara Malaysia dan Republik Kyrgyz akan lebih akrab pada masa hadapan.
Langkah reformasi awal kerajaan buahkan hasil - Anwar
Perdana Menteri berkata langkah reformasi awal yang dilaksana kerajaan membuahkan hasil dengan peningkatan pelaburan dan pelbagai pengiktirafan.
PM kunjungi bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa meninjau Bazar Ramadan di Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan.