KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengkaji semula keberkesanan sistem kesihatan sedia ada, termasuk merangka dasar kesihatan negara, bagi meningkatkan kesiapsiagaan mengurus penyakit berjangkit serta krisis kesihatan.
Selain itu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan juga sedang memuktamadkan Pelan Hala Tuju Pembangunan Vaksin Negara bagi memastikan Malaysia mampu menghasilkan vaksin sendiri.
Pelan tersebut, jelas Perdana Menteri, membolehkan negara bersedia menghadapi sebarang pandemik pada masa akan datang.
“Kesejahteraan hidup adalah hak asasi manusia dan hak ini tidak boleh dinafikan. Saya sedar dalam situasi pandemik COVID-19, rakyat menaruh harapan yang tinggi kepada Kerajaan.
“Kerajaan akan sentiasa mencari jalan yang terbaik untuk memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia dalam pelbagai aspek, terutama penjagaan kesihatan dan penyediaan kediaman yang berkualiti,” katanya lagi.
BACA: [LAPOR LANGSUNG]: PM Ismail Sabri bentang RMK-12
Perdana Menteri berkata demikian sewaktu membentangkan Usul Mengenai Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat pada Isnin.
Dalam pada itu Ismail Sabri berkata, kerajaan bercadang untuk membina Institut Penyakit Berjangkit Malaysia di Bandar Enstek, Negeri Sembilan pada tahun 2022.
Penubuhan institut itu, jelas beliau lagi, bertujuan mencegah penyakit, ketidakupayaan dan kematian yang disebabkan oleh penyakit-penyakit berjangkit.
Kerajaan juga, tambah Perdana Menteri telah mengenal pasti langkah proaktif meningkatkan kesiapsiagaan hospital, untuk mencapai nisbah 2.06 katil hospital bagi setiap seribu penduduk menjelang tahun 2025.
“Kerajaan akan turut membangunkan fasiliti kesihatan baharu, sebagai tambahan kepada 12 hospital yang sedang dibina di seluruh negara dan dijangka siap dalam tempoh RMK-12.
“Selain itu, kelengkapan dan peralatan kesihatan, termasuk keperluan unit rawatan rapi (ICU) akan ditambah,” kata Perdana Menteri.
Selain itu beliau berkata, dalam usaha merapatkan jurang perbezaan fasiliti kesihatan bandar dan luar bandar, kerajaan bakal membina dan menaik taraf klinik-klinik kesihatan di seluruh negara.
Firdaus Azil
Mon Sep 27 2021

Kesemua tindakan ini, kata Perdana Menteri, membolehkan negara bersedia menghadapi sebarang pandemik pada masa akan datang. - Foto Jabatan Penerangan
Chong Wei antara duta sukan Johor
Datuk Lee Chong Wei antara legenda sukan global yang berada dalam senarai Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk dilantik sebagai duta sukan Johor.
Tiga pemain warisan Harimau Malaya tiba minggu depan
Proses bagi mendaftarkan beberapa pemain warisan Harimau Malaya kini di peringkat akhir.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski memaklumkan, tiga pemain warisan juga dijangka tiba minggu hadapan.
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.