awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK-12: Ada bab khusus untuk Sabah dan Sarawak - Tok Pa

Astro Awani
Astro Awani
23/11/2020
07:31 MYT
RMK-12: Ada bab khusus untuk Sabah dan Sarawak - Tok Pa
Mustapha Mohamed akan mengadakan pertemuan bersama menteri dari Sabah dan Sarawak esok bagi mencerakinkan perkara ini secara terperinci. - Foto: Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) mencatat sejarah apabila buat kali pertama memasukkan bab khusus mengenai hal berkaitan Sabah dan Sarawak.
Pembaharuan yang dilakukan kerajaan berbanding RMK sebelum ini yang menayksikan dua negeri ini dimasukkan sekali bersama negeri-negeri lain.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapha Mohamed berkata ini iltizam Kerajaan Persekutuan dalam mengembalikan semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Pada masa sama bagi memastikan jurang pendapatan antara dua negeri ini dengan kawasan lain di Malaysia akan dapat dikurangkan.
“Sebagai contoh jurang (pendapatan) antara Sabah dan Lembah Klang atau Kuala Lumpur misalnya 2.6 kali ganda.
“Bermakna pendapatan di Lembah Klang ini ialah 2.6 kali ganda lebih tinggi daripada pendapatan di Sabah. Sarawak pula ialah 1.3 kali ganda lebih rendah berbanding Lembah Klang,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Justeru kata Mustapha kerajaan berhasrat menangani perbezaan jurang pendapatan ini sebaik mungkin selain memberi keutamaan kepada pembinaan kemudahan dan infrastruktur di Sabah dan Sarawak.
Beliau turut memaklumkan akan mengadakan pertemuan bersama menteri dari Sabah dan Sarawak esok bagi mencerakinkan perkara ini secara terperinci.
Pembentangan RMK-12 yang sepatutnya dibentangkan pada 6 Ogos lepas ditangguhkan ke awal 2021.
BACA: Pembentangan RMK-12 ditangguh?
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Perjanjian Malaysia 1963
#RMK-12
#Sarawak
#Sabah
#Mustapha Mohamed
#TOK PA
#Kuala Lumpur
#Klang
#rakyat
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan