awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Usaha tangani perubahan iklim terjejas, AS tarik diri dari Dana Iklim Hijau 'radikal'
Tiada rombakan besar pemain untuk bertemu PDRM FC - Tengku Hazman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RMK-12: Sabah, Sarawak terima sehingga 18 peratus peruntukan untuk pembangunan asas

Firdaus Azil
Firdaus Azil
27/09/2021
07:10 MYT
RMK-12: Sabah, Sarawak terima sehingga 18 peratus peruntukan untuk pembangunan asas
Kerajaan Persekutuan bakal memberi keutamaan peruntukan pembangunan bagi negeri atau wilayah yang kurang membangun termasuk Sabah dan Sarawak. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan bakal memberi keutamaan peruntukan pembangunan bagi negeri atau wilayah yang kurang membangun termasuk Sabah dan Sarawak.
Menurut dokumen Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) yang diterbitkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada Isnin, kedua-dua wilayah berkenaan bakal menerima antara 15 hingga 18 peratus setahun daripada jumlah peruntukan pembangunan asas
Menurut dokumen itu lagi, peratusan yang lebih tinggi daripada jumlah peruntukan terbabit akan diagihkan kepada sektor ekonomi kedua-dua negeri tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan infrastruktur dan kemudahan asasnya.
Dalam pada itu, kerajaan juga akan menambah baik program pengurangan kemiskinan serta mempelbagaikan lagi sumber pendapatan isi rumah di Sabah dan Sarawak.
“Sumber semula jadi dan budaya tempatan akan dimanfaatkan dalam mengkomersialkan produk tempatan yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi termasuk industri pertanian, akuakultur, ekopelancongan serta seni dan kraf.
“Ekosistem keusahawanan seperti bantuan pembiayaan dan pemasaran melalui platform digital akan diperkukuh untuk memudah cara usahawan, bagi mempercepat pembangunan sosioekonomi komuniti,” menurut dokumen itu lagi.
Selain itu, kerajaan juga akan meningkatkan kesejahteraan komuniti bagi memberi keutamaan kepada pembangunan sosioekonomi Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak.
Antara langkah yang digariskan ialah meningkatkan kebolehpasaran dan keusahawanan serta memudahkan pembangunan Tanah Hak Adat (NCR) bagi peluang penjanaan pendapatan, terutamanya dalam kegiatan pertanian berskala besar.
Selain itu, kerajaan juga akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan modal insan sebagai salah satu usaha meningkatkan status sosioekonomi Anak Negeri Sabah dan Bumiputera Sarawak.
Topic Berkaitan
#Rancangan Malaysia Ke-12
#peruntukan pembangunan asas
#Sabah
#Sarawak
#RMKe-12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan