awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Rogol dua gadis bawah umur, dua lelaki termasuk warga emas ditahan

Rudi Affendi Khalik
Rudi Affendi Khalik
08/04/2022
23:50 MYT
Rogol dua gadis bawah umur, dua lelaki termasuk warga emas ditahan
Collin berkata suspek kes pertama telah direman selama tujuh hari hingga 9 April, manakala suspek kes kedua direman hingga 12 April untuk membantu siasatan. -Astro AWANI
SIBU: Polis Sibu menahan dua lelaki bagi membantu siasatan dua kes rogol berasingan di daerah itu.
Kedua-dua mangsa merupakan gadis di bawah umur, dengan seorang daripadanya merupakan orang kurang upaya (OKU).
Pemangku Ketua Polis Daerah Sibu, Superintendan Collin Babat ketika dihubungi Astro AWANI mengesahkan penahanan.
Dalam kes pertama, suspek merupakan warga emas berusia 60 tahun.
"Dia telah mengadakan hubungan seks dengan mangsa yang tinggal berjiran dengannya pada Disember tahun lalu.
"Akibat perbuatannya itu, mangsa yang berusia 14 tahun telah mengandung," kata Collin.
Dalam kejadian di Lebaan, Batang Igan itu, suspek dipercayai mengambil kesempatan semasa ahli keluarga mangsa tiada di rumah.
"Kes hanya disedari kedua-dua ibu bapa mangsa setelah gadis itu menunjukkan kelakuan aneh dan mengalami perubahan fizikal.
"Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk menjalani pemeriksaan dan disahkan mengandung," katanya lagi.
Pegawai perubatan yang terlibat kemudian membuat laporan polis untuk tindakan dan siasatan kes dilakukan bermula 1 April lalu.
Suspek, kata Collin, telah ditahan pada hari yang sama.
Kes kedua pula membabitkan seorang lelaki berusia 30 tahun dengan mangsa yang juga berusia 14 tahun.
"Kes dilaporkan pada 4 April lalu dengan mangsa dipercayai telah dirogol sebanyak dua kali dalam tempoh 48 jam.
"Insiden berlaku pada 2 dan 4 April lalu di dalam kereta yang diparkir di Jalan Ding Lik Kong.
Kata Collin, mangsa baharu mengenali suspek selama dua minggu sebelum kejadian.
Suspek kes pertama telah direman selama tujuh hari hingga 9 April, manakala suspek kes kedua direman hingga 12 April untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana jenayah rogol.
Topic Berkaitan
#warga emas
#Collin Babat
#rogol gadis bawah umur
#Sibu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan